kembali mencekik duit

Tambah nilai rm5.00? dengan tempoh aktif berganda?

Anda tentu tahu berkenaan prepaid kad yang dijual melebih harga yang sepatutnya. apakah pernah anda lalui perkara yang TERPAKSA membayar lebih dari harga yang telah ditetapkan oleh telco yang terlibat?

Saya juga satu hari terpaksa membayar rm11.00 untuk prepaid celcom yang berharga rm10. Sekiranya saya mempunyai telefon yang berjenama mahal dah tentu saya kena bayar lebih sebab telefon bimbit saya memang canggih sungguh dan tidak setimpal dengan prepaid yang saya beli.

Kalo nak prepaid dengan harga biasa dan telaefon anda adalah jenis Butterfly atau 3315 dah tentu terpaksa bayar lebih sedikit, manakala yang berjenam mahal dah tentu akan terlebih bayar lagi. Kena paksa laa pulak tu…

Kenapa terjadi demikian? Sebab komisen yang akan mereka dapat terlalu rendah agaknya. Sedikit cuma… rasa tak berbaloi pada pandangan mereka.

Dan kisah itu berulang kembali untuk mencekik duit pengguna. 

=========================================

 

Ikut suka hati nak jual kad tambah nilai dengan harga lebih nilai

 

Segelintir penjual kad tambah nilai telefon di negeri ini dikesan bersikap ‘cekik darah’ apabila nekad menjual kad tambah nilai RM10 dengan harga RM13 sekeping sejak 1 Syawal lalu, malah ada juga yang sanggup menjual kad tambah nilai berharga RM3 dan RM5 kepada RM8.

Difahamkan, penjual terbabit mengambil kesempatan apabila menyedari beberapa kedai menjual kad prabayar tidak menjalankan operasi.

Tinjauan Metro Ahad di beberapa kedai mendapati, golongan ‘tamak’ itu tanpa segan silu dan gentar meletakkan harga kad tambah nilai terbabit sesuka hati.

Mereka turut dikesan menjual kad itu berdasarkan status dan jenis serta model telefon diguna pembeli, sama ada mahal atau sebaliknya.

 

Jika pelanggan yang datang ke kedai mereka adalah golongan mewah, caj lebih dikenakan, manakala caj berpatutan dikenakan terhadap pelanggan berstatus sederhana.

 

Seorang pelanggan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia terkejut sebaik dikenakan caj yang difikirkannya tidak logik langsung.

Bagaimanapun, dia terpaksa membeli kad tambah nilai terbabit kerana tiada lagi kedai menjualnya.

“Penjual terbabit mendakwa kad tambah nilai itu menjadi mahal serta ‘naik harga’ kerana kekurangan stok, selain menerima permintaan tinggi.

“Tindakan mereka mengambil kesempatan ketika Aidilfitri dianggap keterlaluan kerana ia boleh menjejaskan kewibawaan kedai telefon lain, terutama yang menjalankan urusniaga dengan jujur,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Celcon Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu.

Menurutnya, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan kerana ia di luar bidang kuasa mereka.

“Apa yang orang ramai perlu lakukan ialah menghubungi atau membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SMK) berhubung ‘penipuan’ itu.

“Namun, sebagai syarikat telekomunikasi gergasi di negara ini, saya kesal dan sedih kerana ada penjual serta pemilik kedai telefon sanggup melakukan perbuatan yang dianggap tidak amanah dan melanggar undang-undang itu,” katanya.

 

sumber berita : harian metro ahad online

 

=========================================

 

Kalo begitu tidak usah lagi beli dikedai orang tamak sedemikian rupa. Join aje cara order prepaid sms atau berlalu pergi sahaja dari situ. Kenapa nak beli lagi dengan kedai tersebut. Cari aje kedai lain…

 

Alternatifnya adalah maybank, atau prepaid sms. banyak pilihan lagi nak order prepaid. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa tercekik prepaid lebih nilai tersebut.

 

Anda pernah mengalaminya? apa pandangan anda semua?

This entry was posted in kenaikan harga pasaran and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 comments on “kembali mencekik duit

  1. Pingback: Terima kasih daun keladi at Syamsulariff.com

  2. Aku pernah sekali terkena semasa kat terminal bas medan gopeng…tak beli pun.

    kalau tak silap no aduannya ialah 1800888030

    kalau silap jangan marah..heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

3,473 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>