12

Kemas kini Akaun Maybank anda? Kenapa?

Posted by abdfatah on March 16, 2009 in ambik perhatian |

Ada dapat email dari cimbclicks? Email dari maybank? Email dari rhb? Email dari Publicbank? Untuk security ke? Bukan untuk security tetapi untuk menghalau duit anda pergi kepada mereka yang suka sangat dengan duit online anda. Dengan begitu mudah sekali mereka akan menghapuskan saki baki jumlah wang yang ada dalam kotak akaun online anda. Banyak ler ko punya security warning kononnya :

Dengan selambanya ko akan hantar dan terus hantar kepada mereka yang akan terpedaya. Maka maybank telah secara rasmi menggunakan sms alert Jangan dilayan sms atau email atau telefon yang mengundang akan diri anda untuk membuat kemaskini akaun anda secara online melalui hantaran email palsu maybank. Banyak ler ko punya new protection kononnya…

Rakan-rakan sekalian jangan mudah terpedaya dengan tipu daya email sedemikian rupa untuk mencari duit dengan mudah melalui online. Jangan terpedaya dengan critical alert sekalipun. Akaun anda akan ditutup serta merta dan wang anda akan hangus begitu sahaja jika tidak kemaskini dengan kadar segera. Tipu tipuan duniawi semata-mata.

Jika demikian apakah yang perlu anda lakukan dengan email sedemikian rupa? Abaikan sahaja dan delete serta merta atau lontarkan sahaja ke ruangan kotak spamm.Langkah yang selanjutnya adalah dengan menghubungi terus pihak bank untuk membuat aduan berkenaan email-email tersebut sebagaimana berikut :

Nombor Talian Hotline : 1-800-888-030

Email : aduanskmm@cmc.gov.my

Laman Web : http://www.skmm.gov.my

Entah apa-apa entah email camnih…. orang takder akaun bank pun dapat jugak email security untuk kemas kini akaun bank? Musykil dan misteri betul… betul betul betul… memang pelik bin ajaib…

Tags: , , , , , , , ,

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2007-2014 Abdfatah.com All rights reserved.
This site is using the Desk Mess Mirrored theme, v2.3, from BuyNowShop.com.