-
-

teka-teki jutawan merdeka tm terjawab

Sunday, April 6, 2008 7:58
Posted in category jutawan merdeka tm

saya dapat satu juta!

saya pun ada juga hantar borang peraduan jutawan merdeka tm tu. kenapa tak dapat sekeping pun hadiah idaman hati… alahai tak dapat satu juta daaaa… lain kali laa cuba sekali lagi.

siapa jutawan tm yang dicari-cari tersebut dan jawapannya telah ditemui. orang dari terengganu. seorang jurutera muda. orang kaya baru.

“Setengah abad menjunjung rahmat, menyarung alunan pejuang terhebat, teguh hati kata sepakat, maruah bangsa jadi azimat, darah mengalir tiada penamat, biar zuriat hidup bertempat, merdeka! Laungan keramat.”

meh kita jenguk laporan berkenaan beliau yang telah menjadi jutawan segera dan orang kaya baru tersebut.

=================petikan harian metro=================

mainpix_metro_online.jpg

KUALA LUMPUR: ‘Setengah abad menjunjung rahmat, menyarung alunan pejuang terhebat, teguh hati kata sepakat, maruah bangsa jadi azimat, darah mengalir tiada penamat, biar zuriat hidup bertempat, merdeka! Laungan keramat.’

Itu antara bait puisi yang berjaya menjulang jurutera muda, Mohd Rais Saufuan Awang, 25, sebagai pemenang hadiah utama program Jutawan Merdeka TM yang melayakkannya membawa pulang wang tunai bernilai RM1 juta sekali gus bergelar ‘orang kaya baru’.

Mohd Rais dari Kemaman, Terengganu, diumumkan pemenang utama berdasarkan slogan berbentuk puisinya yang berjaya menambat hati penganjur, Telekom Malaysia Berhad (TM) kerana penuh semangat patriotik dan mempunyai nilai tinggi.

“Saya sangka hanya memenangi hadiah biasa seperti pakej pelancongan atau pas masuk menonton Sukan Olimpik 2008, tetapi rupanya pemenang utama yang layak bawa pulang RM1 juta.

“Syukur kerana puisi nukilan spontan ini berjaya memberi tuah kepada saya sekeluarga. Dengan wang kemenangan ini saya merancang membawa keluarga menunaikan umrah dan haji bagi ibu dan ayah,” katanya pada majlis penyampaian hadiah peraduan yang diadakan di Menara TM di sini, semalam.

Menurut Mohd Rais, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan slogan puisi berkenaan kerana idea spontan hadir ketika beliau terpandang sebuah poster menghimpunkan lima Perdana Menteri negara ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Inspirasi datang sendiri dan dalam tempoh sehari saja saya sudah boleh menyiapkan slogan puisi tidak lebih 50 patah perkataan,” katanya yang menjadi pengguna setia Celcom sejak 2000.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Malaysia TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa diiringi Ketua Pegawai Operasi Jualan Perniagaan Malaysia TM, Datuk Adnan Rofiee.

Pada majlis sama, 10 pemenang lain turut menerima hadiah bulanan masing-masing termasuk hadiah pertama pakej percutian ke Beijing untuk menyaksikan Sukan Olimpik 2008 bagi dua orang bernilai RM15,000.

Sementara itu, Zamzamzairani berkata, program ganjaran itu memberi peluang kepada pelanggan TM memenangi pelbagai hadiah menarik selain mengemas kini profil pelanggan untuk perkhidmatan lebih baik.

Katanya, lebih daripada 1.1 juta penyertaan diterima sepanjang program berlangsung selama lapan bulan bermula Mei 2007 dan berakhir 31 Disember lalu.

“Jumlah ini melebihi sasaran 900,000 penyertaan yang pihak kami tetapkan sekali gus peningkatan 30 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

============petikan harian metro========================

Dapatkan Info Percuma Terus Ke Emel anda
Sila register untuk mendapatkan info terkini ekslusif terus ke email anda. 
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder
Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • BarraPunto
  • BlogMemes
  • BlogMemes Cn
  • BlogMemes Fr
  • BlogMemes Jp
  • BlogMemes Sp
  • Blogsvine
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • description
  • Bumpzee
  • Digg
  • description
  • description
  • eKudos
  • Facebook
  • Fleck
  • Global Grind
  • Google
  • Gwar
  • Haohao
  • HealthRanker
  • Hemidemi
  • IndianPad
  • Internetmedia
  • laaik.it
  • LinkArena
  • Linkter
  • Meneame
  • MisterWong
  • MisterWong.DE
  • Mixx
  • MyShare
  • N4G
  • NuJIJ
  • PlugIM
  • ppnow
  • Propeller
  • Rec6
  • Scoopeo
  • Segnalo
  • Slashdot
  • Socialogs
  • SphereIt
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Technorati
  • ThisNext
  • TwitThis
  • Webnews.de
  • Webride
  • Wikio
  • Wikio FR
  • Wykop
  • Xerpi
  • Yigg
  • blinkbits
  • Bitacoras.com
  • Blogosphere News
  • connotea

You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “teka-teki jutawan merdeka tm terjawab”

  1. saladin says:

    April 6th, 2008 at 11:06 am

    tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia pada puisi. hehe. amacam abdfatah. ok tak puisi ni ? rezeki manusia.

    dulu ada nenek menang juga. negeri dipantai timur kan ? kelantan atau terengganu, tapi lupe.

    bagus la dia dpt duit tu n nak belanja ke mekah. moga tertunai hasrat nya.

  2. emme says:

    April 6th, 2008 at 11:16 am

    Kalau aku dapat 1Mil tu, aku wat satu website ala2 lelong, atau ebay! memang masyuk hari2 :D

  3. starwalker says:

    April 6th, 2008 at 5:42 pm

    haha xpa xpa cuba lagi.. kang kalau da menang kita ramai ramai gi pau fatah :P

  4. Afzai Afandi says:

    April 6th, 2008 at 11:36 pm

    pergh, itulah rezeki namanya. Ko bodeklah lah dia Fatah suruh amik servis buat blog ngan ko… :)

  5. abdfatah says:

    April 6th, 2008 at 11:42 pm

    hahaha… saya punya puisi pun entah apa-apa … memang staff tm takkan faham agaknya… yang akhir sekali hanya merdeka aje yang kuar… lupa dah entah apa saya tulis dia punya slogannya…

    takpe laa nanti saya gi bodek sama dia sambil terkodek-kodek…

Leave a Reply

Theme Distributed by Diet Plans and How to Pass a Drug Test