16

jom kita undi iklan merdeka petronas

Posted by abdfatah on June 19, 2007 in Bicara semasa |

Peraduan petronas merdeka?

Ini petikan dari news online. Kredit untuk harianmetro online :“PETRONAS menganjurkan Peraduan ‘Saya Anak Malaysia’ yang menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM1 juta termasuk 50 kenderaan nasional.

Peraduan yang diadakan sepanjang Kempen Merdeka 2007 sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 dan bertemakan ‘Satu Warisan, Satu Matlamat’ itu memberi peluang kepada pelanggan Petronas menyertai peraduan itu dengan hanya membelanjakan minimum RM20 bagi satu resit di stesen minyak Petronas.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu mengisi borang peraduan dengan memadankan mesej yang betul menerusi iklan televisyen yang disiarkan mulai semalam hingga 31 Julai ini dan melengkapkan slogan serta menghantar borang bersama resit pembelian sebelum 15 Ogos 2007.

Antara hadiah menarik disediakan adalah lima buah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria, Proton Perdana (lima), Waja Campro (lima), Proton Gen.2 (lima), Perodua Myvi (lima), Perodua Viva (lima), 10 motosikal Modenas Jaguh dan 10 Modenas Kriss selain 500 hadiah produk Petronas bernilai RM500 setiap satu.”

Sambutan hari merdeka ke-50? Apa yang meriahnya? Cuba anda tengok hadiahnya yang sudah tentu begitu menarik perhatian mata yang memandangnya. Ia berjumlah kira-kira satu juta lebih gituu… Jika peraduan jutawan merdeka tm sudah tentu lebih dari satu juta. Sama-sama lebih.

Main juta-juta pulak setiap tahun. Memang tak menang tangan nak join peraduan di Malaysia ini. Tal menang tangan? Itu ini nak masuk peraduan. Alahai peraduan demi peraduan. Setakat ini apa yang dicari dan membolehkan blog saya ditemui adalah melalui peraduan yang dianjurkan. Walaupun tak banyak. Hanya sedikit cuma…

Pendek kata keyword perkataan peraduan setiap hari muncul dalam senarai carian dalam blog saya ini. Ini disebabkan oleh musim main kejar-kejar dengan peraduan itu ini laa. Lepas ini tak tau la apa akan jadi dengan website blog saya ini. Mungkin terdiam sepi begitu sahaja agaknya.

Saya hanya tulis sedikit je cerita pasal petronas 50 tahun merdeka. Tetiba keyword petronas tertera dalam senarai. Apa lagi saya nak cuba try tengoklah macam mana ranking untuk petronas dalam posting untuk kali ini pulak. Jumpa tak jumpa tak kisahlah asalkan boleh hasilkan posting untuk petronas pada hari ini. haha…

Oppss jangan lupa kepada sesiapa yang nak menonton iklan petronas.

di sini cerita maklumat berkenaan peraduan.

di sini adalah borang peraduan iklan petronas.

berapa banyak petronas daaa…

Jom kita cuba try join. Untung sambut timbul, untung batu bergayut tepi sabut… huhuuhu…

“saya anak malaysia… jalan mesti ke hadapan bukan ke belakang…”

50 tahun merdeka petronas…

sekian terima kasih.

Tags:

16 comments on “jom kita undi iklan merdeka petronas

  1. Pingback: iklan merdeka petronas kembali « abdfatah.com | buat duit sambilan | perniagaan internet | buat blog | cari duit | idea bisness | bisness prepaid | jutawan internet

  2. ahaha… jom kita undi mana pilihan iklan merdeka 50 tahun petronas anda. nak menang tak???

    sekian terima kasih

  3. Pingback: Yok Jadi Ahli Komuniti CikguAzleen.com!

  4. pulunsakan on said:

    memang betui kata blogger ni, saya sampai ke sini melalui search yahoo, keyword petronas iklan… he he.
    cam kata kat aku jer tu….

  5. wahhh.. nak menang besar ni.. aku nak perdana v6!!!

  6. zasmani bin yusoh on said:

    saya anak malaysia

  7. yaya on said:

    ak kene wat assignment petronas ar…ade kaitan ngan merdeka plak tu..cmner ak nak wat kaitan..adoi..masak tol laa… :evil:

  8. Selamat hari merdeka :lol: :lol: :lol:

  9. suka_neslo on said:

    Selamat Hari Merdeka!!! Tapi nampaknya zaman sekarang ni, “hari” saja lah yang merdeka, sedangkan anak-anak remaja kita sekarang ni ramai yang kena “jajah’ minda, sikap, gaya hidup dan halatujunya……..kesian….

  10. nice! I’ll surely join

  11. mystarhill on said:

    haha… i’m joining too.. any slogans?? anyone??

  12. wan mohd noor on said:

    Cakap pasal semangat kemerdekaan saya setuju dengan pandangan Dato’ JJ Raj, yang mana beliau menyatakan bahawa di Malaysia inilah kita dilahirkan, kita dibesarkan, kita hidup dan kita dikuburkan tiada `border’lain lagi untuk kita tumpahkan rasa cinta, taat setia, sayangkan negara melainkan tanahair tumpah darah kita inilah…

  13. saper leh tlg bg video iklan pasal merdeka…aku kn wat montaj kemerdekaan..
    t’paksa nih…huhu :???:

  14. cari kat youtube berkenaan “iklan merdeka” search di google ada kat situ… :grin:

  15. alooop….
    ak da menang dh ma…
    dpat hadiah saguhati jer….
    so,ak nk tau la hadiah dier per…
    nk tau berbaloi ker x ak nk g amek haduah tuh..
    coz jauh la dr tempat ak….
    ak dr 2 ari lpas ak search nk tau aper contoh hadiah dier per ma…
    tp x jumper2 gk…
    so,klu ader sesaper tau,ble la bitau ak yek….
    anto kt e mail ak pun bole…….

    darkzone_89@yahoo.com

  16. hadiah petronas ke? cuba try tengok http://www.mymesra.com.my dan try hubungi petronas dengan seberapa segera…

    ini dia keputusan peraduan petronas musim ini.

    http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=mm_priv_contest&pg=mm_priv_contest_contest&ac=35

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

6,249 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Copyright © 2007-2014 Abdfatah.com All rights reserved.
This site is using the Desk Mess Mirrored theme, v2.3, from BuyNowShop.com.