Berapa banyak wang hantaran yang boleh anda sediakan? sudah tentu ia akan menjadi penghalang yang cukup total masa kini dan juga masa depan.
RM1000? Terlalu rendah.
RM10,000? Tidak termampu oleh empunya badan.
Maka kisah duka lara akan berkumandang saban hari.
Tak cukup duit…, tunggu dulu…, tangguh lagi… dan macam-macam hal yang berkaitan dengan kerenah WANG HANTARAN yang terlalu tinggi.
Jika ada yang berkira soal WANG HANTARAN ini sudah tentu akan berlaku sedikit konflik yang tak sudah-sudah. Maka tertangguhlah untuk seketika atau berapa lama yang berbaki sebelum penetapan tarikh kahwen tersebut.
Maka menunggu Dan terus menunggu sehingga duit hantarannya berkecukupan Dan bolehlah melangsungkan majlis kahwen dengan hati yang senang lenang. Senang lenangkah jika wang hantran tidak dapat disediakan sepenuhnya.
Berapa lagi tak cukup?
Lebih kurang RM100 hinggit lagi…
Adesh, RM100 lagi… baru bleh cukupkan RM10,000. yer tak?
Wah! RM10,000? Apatah lagi yang lebih banyak lagi dari itu. Nilai wang hantaran meningkat seiring dengan peredaran semasa. Bukan calang-calang wang hantaran yang perlu disediakan. Ribu-ribu…
Jadi persolannya bagaimana anda mahu memperolehi WANG HANTARAN dalam tempoh yang tidak menentu tersebut? Sudah tentu banyak cara yang perlu anda lakukan untuk menunaikan janji anda kepada si dia yang tersayang.
Jika begitu, anda yang berada di bangku sekolah perlu menabung dari sekarang. Jangan nanti terdesak tak cukup duit untuk kahwen.
Cara yang paling mudah adalah dengan membuat pelaburan yang menguntungkan, menabung setiap bulan dan berbelanja setakat yang termampu.
Sekian terima kasih.
psst… takder harga syiling ke untuk wang hantaran masa kini. Ditetapkan secara standard yang termampu oleh calon suami? hehe…

Popularity: 1% [?]
