taklimat forex

Adesh….

Apa itu bid? Apa itu ask? Apa itu long? Apa itu short? apa semuanya itu?

Saya sendiri pun tak faham apa-apa. Menda ni namanya forex yang boleh menjana pendapatan ke arah jutawan? dengan berat hatinya terpaksa jua saya meluangkan masa saya untuk pergi ke taklimat forex pada 24 julai 2007.

Tatkala bermula taklimat masih OK lagi dengan kefahaman yang sedang-sedang. Lepas tu kedengaranlah berkenaan buy sell, buy sell dan kemudian terus hilang fokus… tak faham apa-apa dah. Apohal tak faham?

Macam teknikal sesangatnya laaa bagi orang yang baru dengar pasal forex nih. Memang tak minat sungguh. sungguh dan memang saya tak faham sangat laaa.

Walaubagaimanapun dapat jugaklah sedikit ilmu yang berkaitan dengan forex walaupun dalam keadaan pening-pening entah apa-apa. Sampai pertengahan taklimat kepala saya mula berdenyut entah kenapa. Adesh… pening yang betul2 pening daaaaa…

Lepas habis taklimat, semuanya dah hilang entah ke mana dah cerita sell ke, buy ke, 2 sell dan 2 buy jadi jutawan dalam tempoh 2 tahun ke. Hilang entah ke mana daaaa…

Lepas nih tak tahulah nak kata apa. Mungkin terpaksa jugaklah kena buat kajian dan pengajian berkenaan forex nih. Apa kebenda laaa forex nih…?

Tetapi di sini ( negeri kelantan dan lain2 negeri) ada team yang dapat membantu mereka yang baru nak berjinak dengan forex. Team tersebut dikenali sebagai team USS GROUP. Nak tahu lebih lanjut kena daftar keahlian di sana laaa. Untuk maklumat lanjut bleh jenguk laman web berkenaan kelas forex.

klik di sini kelas forex.

info tambahan :

psssst nak maklumkan di sini, mael dah tukar haluan top komentatornya secara mingguan untuk memberikan lebih ruang supaya beliau lebih popular. Jom kita pi jenguk sana… :lol:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

Share
Bicara semasa

13 comments


  1. fuh, forex memang pening dengan die punye istilah…. memang leh pening untuk saya yang tak tahu menau langsung…. tp kalu minat, lautan api sanggup diredah! (tp saya tak berapa minat, ho ho) :razz:

  2. serupo laaa… berbinau aje laaa dengar mereka cakap pasal torex menorex nih… hahaa..

  3. forex nie memang pening..
    dulu ada gak member ajak join tapi tak berani sbb takde ilmu tentang pertukaran mata wang asing nie…

  4. Serius aku tensen bila cakap pasal Forex. Nak belajar tapi takde masa. Huhu. Satu je istilah aku tau – PIPS – tapi aku x tau mender tu aper. :lol:

  5. Lama aku tak singgah sini, tak bertukar theme rupanya dan ia juga nampak lebih tersusun dan kemas. Cool :cool:

  6. Gua memang full time forex trader… hehehe dah lama dah terbabit dalam forex nie…

    Lagi satu..kalau ada sesapa nak tahu tentang forex… layarilah http://www.malaysiaforexgroup.com …. nickname saya kat sana adalah “cencurut”

  7. makasih atas info tersebut. nanti saya jenguk daaa…

    bermakna anda akan berjaga time 5.00 hingga 5.05 pagi? hehee. apolaa pagi buta buat bisness… adesh.

    nak tunggu naik satu hal… turun satu hal… backup satu hal… pening sungguh maaaaaa….

    berbinau bijik mata dengar buy buy sell sell. lepas tu bye bye…

  8. Aku ni salah seorang trader forex.Sesiapa yang x faham forex ni boleh lihat laman web aku http://myforex.cjb.net atau juga boleh berhubung di YM alamat isdeana

  9. Pingback: forex-trading.forexforbeginners

  10. roslan

    :evil: You are talking shit. USS team is a scam. Do you expect this shit to guide you.
    Jangan cerita benda yang bodoh. Kalau you nak commission, lebih baik buat benda lain. Jangan mudaratkan bangsa sendiri demi perut sendiri. Ingat Allah sentiasa lihat apa yang kita buat.

  11. aku penah cuba forex guna (lupa miva..something like that la)… terlalu cepat pergerakan graf, mata mesti lekat kat skrin memanjang jadi aku give up, aku lebih selesa dengan Bursa jer.. :smile:

  12. kalo nak kejor duit sampai bila2 pun takkan sudah. kalo dh group tu dikatakan scam takyah dekati mereka. nanti boleh laa buat “open case terhangat uss group scam”. group forex pelbagai ragam orangnya…

    dulu pun ada jugak golongan yang hambik kesempatan dengan forex buat ala-ala system sendirian berhad. habis semua orang ditipoonya… maka tertipoo laa jadinya sebab dah rabun bijik mata dapat duit banyak.

    maka bentengkanlah diri anda dengan membuat research. boleh search dalam google ” uss group scam ”

    mirsb apa cerita?

  13. Hi – just wanted to say good design and blog – cu Ronny R.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>