tak ada duit jangan cari pasal
Friday, June 1, 2007 1:52Tiada bekalan duit untuk hari pencen? Bagaimana nak cari jalan untuk selesaikannya?
Anda perlu berusaha meningkatkan taraf ekonomi anda dari semasa ke semasa. Bukan sekadar menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan apa jua aktiviti selepas umur bersara.
anda boleh rujuk di sini tentang perkara berbangkit.
Duit tak pernah akan berkecukupan jika nak dihitung dari mula-mula lahir hinggalah ke liang lahat. Kerja cari pasal dengan duit memang takkan berkesudahan. Cari pasal? Ada yang hanya bergantung-harap dengan duit gaji aje tetiap bulan je, maka terpaksa juga cari lagi duit tambahan buat menampung segala keperluan harian.
Sekiranya fokus anda kepada perolehan pencen untuk hari tua semata-mata, bermakna duit anda akan hangus begitu sahaja. Itupun sekiranya berbelanja lebih tanpa mencari jalan alternatif untuk memberi sokongan penuh kepada lompang kewangan yang sentiasa mengalir deras.
Biarpun anda mampu berjimat, siapa lagi yang akan menanggung semua urusan harian anda akibat tiada perancangan sejak dari awal lagi. Beban kewangan akan terus semakin meningkat. Kebanyakannya semakin ghairah terkejar-kejar duit gaji setiap dan mencari alasan untuk tidak akan memberi peluang kedua tatkala anda pencen nanti.
Peluang kedua? Perniagaan?
Sedang anda tercari-cari peluang itu, orang lain yang ekstrem dah tentunya nampak peluang masa sebelum pencen lagi dan mereka merebut peluang yang ada itu sebaik mungkin sebagai persediaan untuk berdepan dengan masalah duit tak cukup di hari mereka bergelar pesara kerajaan atau pesara swasta?
Bemakna tidak ada duit lagi buat anda selepas anda bersara, lantaran tiada usaha yang sepatutnya anda lakukan untuk kebaikan masa depan anda. Duit anda dah tentu akan habis selepas anda pencen hari berganti hari tanpa anda sedari. Adakah ramai orang akan mencari anda untuk menghulurkan bantuan penuh ikhlas setiap hari kepada anda? Sudah tentu tiada siapa yang akan mencari-cari orang-orang yang bersara di mana jua anda berada untuk menghulurkan duit poket yang anda harap-harapkan.
Duit pencen makin tinggal sedikit. Nak cari kerja sambilan dah tak larat. hanya mengharapkan belas ehsan orang lain? Mana mungkin mereka mahu membantu? Anda tiada masa untuk cari kerja yang sesuai jika tiada lagi duit untuk menguruskan itu ini. Bersara bukan jaminan untuk anda hidup lebih selesa.
Saya pula? Tak dapat nak fikirkan perihal duit pencen buat masa sekarang. Ini disebabkan saya tidak makan gaji. Hanya cari duit sendirian berhad aje.
sekian terima kasih
Bzzzzzzzzzzzzz…. alahai tak pasal-pasal cari pasal cakap perihal duit pencen pulak dah. Sori laa banyak2 yer.
















































































Cikgu Azleen says:
June 1st, 2007 at 12:26 pm
Manusia ni memang menarik kan? Ada yang suka duit, ada yang benci duit.. Ada yang berusaha mendapatkan duit, manakala ada juga yang cuma duduk diam berharapkan duit datang bergolek-golek.. opsss.. melayang-layang ke dia.. Lainlah kalau pakai toyol
Sebut tentang pencen ni, cuma orang gomen jer yang ada pencen.. tuh pun bukan semua jawatan ada pencen.
Yang paling saya pelik, bagaimana kebanyakan orang meletakkan tanggungjawab kewangan ini kepada kerajaan – terutamanya mereka yang bekerja gomen lah.. As if they are not aware of the govenrment financial status..
Beberapa hari yang lepas saya adalah terjumpa ngan satu minah yang apply KPLI.. dia cakap ngan saya yang susah nak dapat KPLI ni.. Ada pengalaman pun belum tentu boleh dapat.. So, sekadar melayan, berikut adalah perbualah saya dengan dia:
Saya: Sekarang kerja kat mana?
Dia: Saya cikgu, tapi di sekolah swasta.
Saya: Oh baguslah macam tuh.. Sekolah swasta kan diorang bayar gaji lebih mahal kan?
DIa: A-ah.. memang lagi mahal..
Saya: Abis tuh kenapa nak apply keje gomen?
Dia: Sebab security.. keje gomen ni kan lebih terjamin, ada pencen.. bla bla bla..
Dan saya senyum ajelah dengar jawapan dia tuh.. Maaf cakaplah, pada saya jaminan sepatutnya di tanggung oleh kita sendiri.. Bukan meletakkan pada gomen.. Sapa yang boleh jamin gomen sekarang ni takkan berubah? Sapa yang boleh jamin yang kalau gomen tak berubah pun, polisinya tak akan berubah? Awak nak pencen lama lagi.. kurang-kurang pun saya rasa 30 tahun lagi.. Macam-macam boleh jadi dalam tempoh 30 tahun tuh..
abdfatah says:
June 1st, 2007 at 5:20 pm
dah tentu target nak teruskan kehidupan lebih lama lagi.. lebih lama tanpa pencen yang dah tentu habis sebelum masa yang sepatutnya..
duit pencen dah habis dah? takkan habis kot?
zool to cikgu azleen says:
June 13th, 2007 at 5:31 pm
Hm.. betul tu memang ramai yang masuk gomen kerana sebab rasakan securiti termasuklah saya…
tapi saya rasa simpanan dan perancangan kewangan itu lah paling penting….
memang betul cam cikgu cakap sebab polisi mungkin akan berubah.. skg pun gomen tengah push agar mansuhkan pencen…walaupun kesatuan sekerja membantah tapi mana kita tau satu aari kan terlaksanakan..
so yang penting diri sendiri perlu menjaga kewangan diri..
ada duit pandai2 gunakan di tempat yang betul..
betulkan??
jawatan kosong says:
December 27th, 2009 at 6:17 pm
Kenapa kita nak cari pasal jika tak ada duit ?
Mestilah kita mesti jaga diri kita, jangan cari pasal sini dan sana…