Kerja oh Kerja. Setiap hari anda perlu bekerja…
Hari ini dah tentu ramai yang bercuti sakan lantaran hari pekerja. Maka tuntutan kerja yang bertimbun-timbun itu ditinggalkan untuk seketika. Kerjaya yang dimaksudkan itu mestilah dari sektor makan gaji.
Sudah tentu makan gaji pulak dengan sektor kerajaan atau sektor swasta.
Adesh… Citer pasal pekerja pulak. Tapi takper gaji akan disemak dan bakal mengalami kenaikan gaji yang mungkin melegakan banyak pihak yang tertunggu-tunggu kenaikan gaji.
Namun kerja tetap kerja, baik kerja sendiri atau kerja makan gaji. apa yang penting dengan adanya pekerjaan tetap anda akan mendapat gaji setiap bulan. Bagi yang berniaga pulak tetap meneruskan kerja mereka mencari idea-idea bisnes untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar dengan pelbagai macam cabaran yang silih berganti.
Dengan demikian anda perlu bersabar dalam apa jua situasi baik yang bekerja dapat gaji setiap bulan atau yang berniaga sendiri. Bersyukurlah dengan rezeki yang melimpah ruah ini.
Kepada usahawan internet pulak sudah tentu banyak lagi idea-idea bisnes yang bakal dilaksanakan mengikut target dan rentak perniagaan masing-masing kecuali mereka yang kecewa dengan skim cepat kaya.
SELAMAT SAMBUT HARI PEKERJA, MOGA REZEKI BERLIPATKALI GANDA.
sekian terima kasih.
Popularity: 1% [?]



