Anda tentu pernah berhutang. Kenapa mesti berhutang? Tak bolehkah tidak berhutang? Hutang membuatkan anda seringkali menghabiskan duit anda begitu sahaja. “Hutang aku bila kau nak bayar?” Memang sedih jika nak cerita pasal hutang itu ini. Saya sendiripun ada jugak berhutang… maaf banyak-banyak kepada mereka yang berhutang itu.
Jika anda mempunyai hutang sudah tentu hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Ohohoo peringatan jugak untuk diri saya ini. Jadi, apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang adalah dapatkan buku panduan pengurusan hutang yang bijak di pasaran.
Bermula dari hari ini anda sewajarnya meletakkan target untuk membayar semua hutang anda sehingga langsai. Tidak ada ruginya untuk anda sentiasa mengingatkan diri anda bahwa anda perlu membayar hutang anda biarpun anda tidak ada wang untuk membayarnya untuk hari ini, esok ataupun lusa. Moga dipermudahkan mereka yang ingin membayar hutang itu jalan dan ikhtiar untuk membayarnya secepat mungkin.
Dah sematkan dalam minda anda untuk membuat bayaran hutang tersebut? Sesungguhnya anda mampu selesaikan hutang tersebut jika anda mahu dan ingin bersungguh-sungguh. Jalan yang seterusnya adalah memilih untuk menulisnya setiap hari. Menulis dan terus menulis untuk membuat bayaran hutang tersebut sehingga selesai. Sungguh aman jika anda telah bebas dari hutang.
Apa lagi dah sematkan dalam minda, menulisnya berulang kali, lepas tu kena gertaklah pula diri anda itu supaya segera bayar hutang! Gertak! Gertak jangan tak gertak!
Bagaimana rasanya kalo anda digertak bertalu-talu untuk membayar hutang? Maaf banyak banyak untuk itu…. tetapi jika anda menggertak diri anda untuk bayar hutang dah tentunya anda akan menerima hakikat bahwa…..
“saya benar-benar mahu membayar hutang dengan segera!”
Tak percaya? Cuba tengok muka anda kat cermin dan gertak cermin itu untuk bayar hutang…. Adesh.
“Saya ingin bayar hutang!”
“Bila? Tahun ini juga!”
“Bagaimana?”
“Hmmm… bagaimana yer? Bagaimanakah cara itu…?
sekian terima kasih. salah silap harap maafkan.. :lol:

Popularity: 2% [?]

Memang hutang kini memang terpaksa berlaku pada diri kita..
Kini untuk melanjutkan pelajaran pun terpaka berhutang ribuan ringgit..
walaupun begitu kita mesti menanamkan dalam diri kita supaya sentiasa ingat tentang hutang yang kita ada..
bayar lebih hutang jika mampu..
ini bagi mempercepatkan penyelesaian hutang yang sedikit sebanyak mampu meringankan minda..
ingatlah bahawa hutang ini membawa hingga ke kubur..
p/s : peringatan untuk diri sendiri..
itulah cerita dari buku “hidup tenang biarpun berhutang”. jika ada 2,3 company kewangan kita buat hutang… maka berlambaklah hutang yang tidak pernah akan langsai… bayar tetap kena bayar ikut kemampuan…
Tapi, hutang leh buatkan kita jadi kayo jugak kan? kalu nak bukak biz besar, mesti buat loan kat bank dulu…. hutang = modal
Pingback: Blog Zool » Archive » Blog hari ni
Dunia hari ini memerlukan hutang kerana gaji x cukup untuk keperluan harian.bukan kita nak hutang tapi terpaksa.Bohong klau seseorang yang tiada hutang dalam hidupnya.Tapi masalahnya susah lak nak bayar hutang maklumlah duit gaji cukup nak belanja dan nak kambus hutang lama..
hutang memang mudah, nak bayar memang banyak alasannya. tak kiralah berapa banyak hutang sekalipun. hutang tetap hutang dan wajib dibayar walau tak dituntut…
bnyk lagi hutang nak kena bayar nih…huhuuu
Sebenarnya perihal utang puitang ni, kita sendiri le yang kena pandai manage…Dulu zaman susah-susah ,saya keje kilang je… gaji baru RM 360 pandai je jimat-cermat ye tak…pas tu keje waitress gaji 450 tapi dapat gak bayar yuran nak masuk “u”. Alhamdulilah, lepas graduate terus keje, takde besar mana gaji , kaya tu tidaklah tapi cukup le untuk beli “keselesaan”. Ada rezeki pulak beli rumah buat renovation cash RM 20, 000.Kenapa? tak percaya??? Bagi saya, besar periuk, besar le keraknya. Duit sikit, simpan sikit. duit banyak, simpan banyak ..sendiri mau ingat le…
saya terlamapu banyak sgt hutang.sangt banyak,saya bekerja duit masih tak cukup nak buat kerja part time pun bdn tak larat kerana saya perlu mejaga family saya.ibu bapa saya tidak bekerja dan saya perlu menyara seramai 7 org adik beradik termasuk ibu bapa.tolong la bgtau saya jalan agar dapat bayar semua hutang bank dan org2 dan dlm mase yg sama saya dapat stabilkan idup dan beli rumah untuk ibubapa saya
aku terlanjur berhutang,sampai menjerat diri sendiri sekarang aku terpaksa berkerja keras untuk membayar hutang,aku terpaksa mencari kerja lain untuk membayar hutang..allah saja yang tahu akan keadaan aku sekarang
aku sekarang tengah suffer gler……hutang keliling pinggang…..aku betul2 tekanan sangat2…..sampai satu masa aku takut aku lost control…..aku tak tahu nak cakap camaner perasaan aku….sampai nak makan pun aku takde duit…..aku survive pun sbb kwn2 adela menolong….tapi berapa lame??lame2 kwn pun fed up gak….tapi camaner aku nak selesaikan masalah aku……sedihlah….adk aku nak kawin bln 5 ni…tapi aku tak dapat nak tolong pape pun…..sikit pun aku tak mampu……ya allah…..cuba bayangkan perasaan aku…..rase tak berguna gler…….