-
-

Rompakan Nekad Van Syarikat Keselamatan

Wednesday, August 27, 2008 15:46
Posted in category Bicara semasa

Rompakan Van Syarikat Keselamatan berkumandang lagi. Duit banyak wooooo… Sekelip mata dapat duit. Cerita yang tidak asing lagi di atas muka bumi malaysia masa kini. Cari duit versi rompakan bersenjata api. Ini cara paling kuno zaman koboi dulu. Dulu koboi buat rompakan nekad keretapi dan jugak rompakan kereta-kereta kuda. Memang popular laa style rompakan nekad harta awam sedemikian rupa…. tak kira laaa rakyat tempatan ke rakyat asing ke. Mereka mempunyai satu motivasi rompakan yang tinggi. Kenapa? Kalo tak dapat mati ler jawabnya… kalo kantoi tamatlah riwayat rompakan untuk sementara waktu…. Apa ke hal motivasi rompakan pulak???????????

Tidak kurang juga yang memakan korban antara dua pihak yang mempertahan wang dan yang mahu merampok wang. Orang awam pun terbabit sama dibuatnya kalo terperangkap dengan sengketa bersenjata tersebut…. Berbalas tembakan…

Laporan rompakan van keselamatan sudah seringkali kita dengar. Kali ini wang bernilai RM2.7 Juta lesap lagi menjadi habuan rompakan bersenjata. Nampaknya beraya sakan laa sebelum menyambut ramadahan yang tiba. Seperti kebiasaan siri-siri rompakan van keselamatan yang akan kembali aktif mengikut musim yang tersendiri. Apakah ada kitaran rompakan bersenjata van keselamatan tersebut. Dapat duit juta-juta dan kemudian lesap entah ke mana… sekiranya dapat di kesan takder masalah. kalo dah lesap entah ke mana…?

Kitaran rompakan van syarikat keselamatan? Takkan bermusim jugak kot????

Oh… itu sudah menjadi tanggungjawab polis untuk memburu penjenayah terbabit. Mereka punya misi yang tersendiri untuk membenteras kes jenayah rompakan van syarikat keselamatan yang berlaku tersebut.

Ke mana menghilangnya wang jutaan ringgit hasil rompakan tersebut…? Hanya perompak tersebut aje laaa yang tahu kat mana derang nak simpan wang berjuta tersebut. Dapat duit mudah hasil dari rompakan nekad…… kalo tak dapat wang mati laaa jadinya. Kalo tertangkap merengkuk ler dalam penjara… Lebih elok rasanya dihukum penjara seumur hidop dan membuat amalan untuk masa depan yang lebih cerah. Boleh kembali ke pangkal jalan dengan lebih bermakna…. tak gitu?

Namun lain cerita pula dengan satu jenis versi rompakan bersenjata van syarikat keselamatan selain dari yang telah berjaya berusaha bertungkus lumus mendapatkan wang berjuta tersebut dengan penuh bergayanya….

Misi rompakan mereka telah GAGAL dengan jayanya. Maka akan ada jugak yang berputih mata dan terlepas peluang mendapatkan wang berjuta hasil rompakan dari van syarikat keselamatan yang disangka mengandungi wang bernilai 1.9 juta… namun mereka tersilap langkah tanpa membuahkan sebarang hasil yang lumayan… kasihannya. Rompakan nekad yang tidak menjadi….

============================Harian metro news==========
Laporan pertama :

Wang tunai RM2.7j lesap
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sekumpulan perompak bersenjatakan pistol melarikan van sebuah syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM2.7 juta di Batu 3 Jalan Ipoh di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, van itu yang dinaiki tiga petugas, termasuk pengawal keselamatan dalam perjalanan memasukkan wang ke mesin juruwang automatik (ATM) di depan sebuah bangunan.

Difahamkan kumpulan perompak itu yang menaiki kereta mengekori van itu sebelum memintasnya di kawasan sunyi di tepi jalan.

Perompak kemudian keluar daripada kereta lalu mengacukan pistol ke arah pemandu dan dua lagi petugas supaya tidak melawan. Melihat perompak mengacukan pistol, tiga petugas terbabit segera keluar dari van.

Menurut sumber, ketiga-tiga petugas itu diikat kumpulan perompak terbabit sebelum van yang mengandungi wang tunai dianggarkan bernilai RM2.7 juta dilarikan.

“Kumpulan perompak itu meninggalkan tiga petugas terbabit di tepi jalan.

“Ketiga-tiga petugas syarikat keselamatan itu dibantu beberapa orang awam yang membuka ikatan sebelum polis dihubungi untuk bantuan,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika kejadian, tiada tembakan dilepaskan walaupun kumpulan perompak terbabit bersenjatakan pistol.

“Polis sedang mengesan tiga hingga empat suspek yang melakukan rompakan terbabit,” katanya.

——————————————–harian metro news————————
Laporan Kedua : Perompak berputih mata.

Perompak malang
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Mereka melepaskan 10 das tembakan dalam tempoh kurang 10 minit sebaik seorang pengurup wang memindahkan beg pakaiannya ke troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini, semalam.

Dengan memakai topeng, tiga lelaki yang masing-masing bersenjatakan pistol pantas melepaskan tembakan rambang ke arah van syarikat keselamatan, jalan raya serta pintu kaca sebelum merampas sebuah beg yang disangka mengandung wang tunai RM1.9 juta milik mangsa.

Tembakan itu juga mengenai paha dan perut pengurup wang berkenaan.

Sebelum itu, pengurup wang terbabit tiba di balai pelepasan LTABL dengan menaiki sebuah kereta Volvo bersama van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM1.9 juta.

Tiga suspek keluar dari sebuah kereta Toyota Harrier manakala seorang lagi menunggu di kereta. Mangsa yang berusia 59 tahun dalam perjalanan menaiki pesawat ke Singapura.

Bagaimanapun, perompak terbabit berputih mata apabila beg yang disangka mengandungi wang tunai terbabit hanya beg pakaian milik mangsa.

Pegawai Perhubungan Media Polis negeri, Superintendan Shahron Anuar Abdul Latif, berkata suspek melepaskan 10 das tembakan ke arah van keselamatan, jalan raya serta pintu kaca lapangan terbabit terbabit.

Katanya, mangsa turut terkena tembakan pada paha dan perut.

“Suspek kemudian melarikan diri membawa sebuah beg yang disangka mengandungi wang RM1.9 juta ke arah tidak diketahui. Bagaimanapun, siasatan mendapati beg terbabit hanya mengandungi pakaian mangsa.

“Akibat gagal dalam cubaan merompak itu, suspek meninggalkan kereta dinaiki di kawasan lapang di sebuah taman di Bayan Lepas, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT), Bandar Perda, Bukit Mertajam, semalam.

Beliau berkata, kereta yang ditinggalkan itu tiada nombor casis dan tidak diketahui sama ada ia kereta curi atau sebaliknya.

Berdasarkan siasatan polis, senjata api yang digunakan dalam cubaan merompak itu jenis Caliber 9mm.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan usaha media merakam gambar mangsa dihalang pengawal keselamatan HPP.

Siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak secara berkumpulan dan rompakan bersenjata.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjati Api (Penalti Lebih Berat 1971).

Mengulas kejadian itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain ketika dihubungi, berkata pihaknya sedang mengenal pasti identiti keempat-empat suspek.

Justeru, katanya, polis akan meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di LTABL.

Mangsa yang cedera masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan, namun stabil.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di LTABL mendapati beberapa kelongsong peluru ditemui bertaburan.

Seorang saksi, jurujual wanita sebuah kedai pakaian di LTABL, berkata dia tidak menyangka bunyi letupan dua kali di luar kedai adalah tembakan pistol yang dilepaskan perompak menyebabkannya panik.

Wanita berusia 20-an itu yang enggan dikenali, berkata ketika kejadian, dia seorang diri dalam kedai kerana rakan setugas keluar membeli makanan.

Dia takut apabila terlihat kelibat beberapa lelaki sedang beredar dalam keadaan tergesa-gesa.

Jarak antara tempat kejadian dengan kedainya hanya 10 meter.

“Saya tidak tahu apa hendak dibuat dan cuba mencari tempat berlindung di celah pakaian yang dipamerkan.

“Dalam keadaan tergamam, saya sekali lagi terdengar bunyi yang kuat,” katanya.

=========================Laporan Harian metro================

Dapatkan Info Percuma Terus Ke Emel anda
Sila register untuk mendapatkan info terkini ekslusif terus ke email anda. 
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder
Share and Enjoy:
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • BarraPunto
  • BlogMemes
  • BlogMemes Cn
  • BlogMemes Fr
  • BlogMemes Jp
  • BlogMemes Sp
  • Blogsvine
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • description
  • Bumpzee
  • Digg
  • description
  • description
  • eKudos
  • Facebook
  • Fleck
  • Global Grind
  • Google
  • Gwar
  • Haohao
  • HealthRanker
  • Hemidemi
  • IndianPad
  • Internetmedia
  • laaik.it
  • LinkArena
  • Linkter
  • Meneame
  • MisterWong
  • MisterWong.DE
  • Mixx
  • MyShare
  • N4G
  • NuJIJ
  • PlugIM
  • ppnow
  • Propeller
  • Rec6
  • Scoopeo
  • Segnalo
  • Slashdot
  • Socialogs
  • SphereIt
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • Technorati
  • ThisNext
  • TwitThis
  • Webnews.de
  • Webride
  • Wikio
  • Wikio FR
  • Wykop
  • Xerpi
  • Yigg
  • blinkbits
  • Bitacoras.com
  • Blogosphere News
  • connotea

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Rompakan Nekad Van Syarikat Keselamatan”

  1. samdaddycool says:

    August 28th, 2008 at 10:30 am

    memang mengerikan… aku sendiri kadang2 cuak nak cucuk duit / bank in duit masa diorang upload duit dlm mesin atm… ada security tunggu dgn pump gun…

    mana tau tetiba muncul koboi yg tak dikenali… kita plak terbabit mcm dlm cite holllywood

Leave a Reply

Theme Distributed by Diet Plans and How to Pass a Drug Test