Mesin atm sekali lagi menjadi sasaran rompakan dengan menggunakan bahan letupan. Resepi letupan sebagaimana yang telah dilaporkan mereka menggunakan bahan letupan buatan sendiri. Bagaimana mahu membuat bahan letupan tersebut? Sudah tentunya mereka biasa membuat meriam buluh agaknya. Maka mereka telah mendapat satu idea untuk menjahnamkan mesin atm, kemudian dengan segala kudrat yang ada mereka mempraktikannnya untuk merompak wang yang ada dalam mesin atm tersebut.
Sebelum ini selain dari cara tersebut mereka menggunakan jengkaut untuk melarikan mesin deposit dan juga membuat rompakan van keselematan. Kemudian sudah tentu mereka yang gagal membuat rompakan mesin atm tersebut terfikirkan cara untuk meletupkan mesin atm tersebut. Maka lesaplah sedikit sebanyak wang yang ada tersebut. Rompakan mesin atm RM30,000 lesap.
Ini cerita kegagalan rompakan mesin atm tersebut.
Dalam kejadian rompakan di Puchong pada pukul 5.40 pagi itu, dua perompak cuba meletupkan sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah bank menggunakan bahan letupan buatan sendiri.
Bagaimanapun, cubaan itu gagal apabila sistem penggera keselamatan bank terbabit berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri.
Nampaknya dengan rompakan kali pertama yang gagal tersebut telah memberikan sedikit idea kepada penjenayah yang lain melakukan cara yang sama untuk mencuba dan mereka berjaya. Begitu mudah sekali ia diletupkan. Maka sudah sampai masanya bank-bank tempatan memikirkan cara untuk menjadikan ia kalis letupan ataupun kalis api ataupun kalis asid.
Cara yang biasa juga digunakan adalah meletakkan mesin atm dalam ruangan kekotak yang bersimen. Ataupun pihak bank jugak boleh melapisi ruangan mesin atm tersebut dengan jeriji besi dan hanya boleh digunakan untuk urusan pengeluaran wang dari orang ramai.
Beginilah hasilnya dari bahan letupan buatan sendiri. Guna kabaid meriam buluh ke?
Popularity: unranked [?]











Time nak “raya”, time tu tu la banyak rompakan…
perompak malaysia maju setapak lagi. guna bahan letupan lak. syabas.
ps: aku teringin nak nengok perompak bank malaysia jadi macam dlm movie hollywood. siap main perang-perang ngan polis
pss: ape kes aku bagi komen yang tak bagus ni? adusss
biasalah laa kalo dah ada idea demi idea jahat untuk mendapatkan wang mudah… apa cara pun mereka akan perah keringat dan akal untuk melaksanakan misi mereka…
sebenarnya.. kalau penggunaan MEPSCASH diperluaskan… ataupon penggunaan DEBIT CARD dipermudahkan.. gua rasa tak perlu lagi mesin ATM ada…
semua kedai (makcik jual nasi lemak) pon boleh terima debit card.. kan ker senang… bank kena buat sistem yang boleh guna debit card pakai handphone… virtual merchant terminal… hehehe…
3G dan HSDPA kan dah ader.. apa lagi tunggu.. implement jer la…
hehe. diorang lum cukup pakar. aku rasa ni baru test power aje. saje nak uji keberkesanan bom diorang..