Salam internet ! Wah, salam internet pulak?
Bagaimana dengan perniagaan internet anda hari ini? Adakah anda baru hendak bermula dengn perniagaan internet? Adakah anda sudah bersiap sedia berhadapan dengan segala cabaran yang akan anda tempuhi. Bukan mudah nak menjalankan perniagaan internet sekadar mendengar cakap-cakap orang bahwa dengan berniaga di internet anda akan menjadi lebih senang dari kebiasaan yang anda hadapi masa kini.
Namun demikain, anda seharusnya dapat menimbangkan kemungkinan yang bakal anda hadapi untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya. Jangan mudah teruja dengan pendapatan orang-orang yang telah berjaya dengan jayanya. Jika anda meneliti bagaimanakah mereka boleh berjaya, sudah tentu anda sendiri akan berfikir banyak kali. Biarpun slogan melayu boleh yang anda pegang mengatakan aku juga boleh.
Mereka boleh melakukan perniagaan tersebut bersandarkan ilmu dan pengalaman yang telah mereka harungi untuk jangkamasa yang lama, bukannya dalam jangka masa yang singkat. Siapapun akan teruja dengan perniagaan internet yang menjanjikan hasil yang lumayan.
Namun demikian jika anda ingin memulakannya dengan langkah yang kosong, anda akan menempah KEGAGALAN yang cukup perit biarpun GAGAL adalah sahabat karib kepada KEJAYAAN. Seandainya anda kecewa, anda akan berputus asa.
Perniagaan internet memang boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang ingin bergelar usahawan internet. Siapkan diri anda dengan ilmu pengetahuan yang cukupnya dari segi mental dan fizikal, jika tidak anda akan kalah di pertengahan jalan.
Anda boleh ! Malaysia boleh! Melayu boleh !
Sekian terima kasih.

Popularity: 1% [?]

Betul tu..nak buat sesuatu kita kena ada ilmu dan utk mencari ilmu kita kena ada usaha dan gemar bertanya…bukan mudah untuk mengapai sesuatu kejayaan..ianya datang secara sedikit2 melalui pengalaman kegagalan kita yang lepas.