Masa untuk menjawab soalan dengan lebih pantas bersama advertlets.
Apa cerita dengan soalan-soalan terkumpul berkenaan advertlets? Ramai yang tertanya-tanya apakah itu advertlets? Sudah tentu banyak persoalan yang bermain dalam pemikiran anda semua? Apa? Bagaimana? Dan soalan yang seterusnya telah dikompilasikan dalam ruangan support untuk mereka mengetahui dengan lebih dekat lagi apa itu advertlets.
Khabarnya bukan kepalang jawapan yang diberikan. Rekod jawapan terpantas 43 saat? Terpantas? Hmmm makin menarik perhatian semenjak ia dipromosikan oleh para bloggers malaysia masa kini.
Ada lagi cerita menariknya. Nak tahu? Purata masa yang diambil untuk memberikan jawapan balas paling lama sedikit adalah 3.8 jam. Paling lama sedikit?
Soalan anda atau soalan saya?
Macam mana saya nak letakkan iklan advertlets dalam blog saya?
Pool belum penuh lagi, kena tunggu pool penuh 50 ke atau macam mana?
Boleh tak nak klik iklan saya sendiri? Suka-suka nak klik?
Saya nih dah daftar, apa kebenda “XX” dan “OK” yang tertera di dashboard tu? Tak faham la saya.
Oh maaflah, terpaksa ikut suka hati je cerita pasal soalan di atas dengan cara saya yang tersendiri. Begitulah dia sebahagian dari soalan yang bakal terjawab yang boleh dikatakan sebagai soalan lazim. Macam FAQ juga yang selalu anda jumpa dalam mana-mana website. Tak ada FAQ, pening juga nak menjawab soalan yang sama. Apa hal nak jawab soalan yang sama berjam-jam. Haru dibuatnya.
10 saat pun boleh jawab 2, 3 soalan. Boleh buat rekod baru lagi. Jawab soalan yang sama dalam masa 10 saat. Hahaa… Sorilah advertlets gurau aje yer.
Dah jelas sedikit? Nak jelas lagi dipersilakanlah tinggalkan komen yang anda mahukan dalam ruangan komen yang disediakan. Tapi ingat pesan saya jangan buat kuih spam tau. Suka-suka hati je nak buat komen yang tak sepatutnya.
Mahu sambung lagi? Nak sambung pasal digi dengan orang-orang yang berpakaian warna kuningnya itu? Anda boleh tengok di sini dan juga cerita perihal digi yang dah menjadi geng pengiklanan bersama advertlets.
Very happening daaa… Bersamamu di mana juaaaaaaa…!
Tak lupa juga kepada mereka yang mahukan tambahan yang berlebihan lagi ekstrem macam kata saudara azizi ali dalam bukunya JUTAWAN EKSTREM. Anda boleh join sekali rangkaian penajaan advertlets.
Kena menaja pulak ke?
Bukan menaja… tetapi memperkenalkan kepada lebih ramai lagi yang berminat untuk membuat iklan sasaran kepada pengguna dengan cara yang lebih efektif lagi. Bukan dengan cara suka-suka hati aje nak buat promosi. Tidakkah ia satu kerugian yang besar kepada para pengiklan semua. Di sini anda boleh berjimat dan mencapai sasaran pelanggan yang lebih dekat dan erat lagi.
Macam mana? Sudah bersedia untuk memperkenalkan kepada rakan-rakan pengiklanan anda untuk cari duit lebih? Sila dapatkan maklumatnya di sini.
Tetapi sabar dulu, referral ini dalam peringkat ujian keberkesanannya terlebih dahulu. Dah lepas ujian keberkesanannya nanti, anda bakal memperolehi apa yang anda inginkan untuk menarik lebih ramai lagi teman-teman pengiklanan anda? Teman-teman pengiklanan?
Oh, kalu begitu belum boleh terima bayaran lagi? Begitulah kira-kiranya sehinggalah diumumkan kemudian. Jika begitu daftarlah di sini.
Nak tambah lagi? Dah tentu untuk anda yang budiman.
Sebelum dapat cari duit tambahan apa-apa dengan referral tersebut anda boleh sertai peraduan yang dianjurkan oleh advertlets. Itupun jika nak dapatkan hadiah rm100, untuk 10 orang aje la buat masa ini, TOP TEN. Kemudian hari atau pada masa depan seterusnya tak tau la contest apa lagi yang hendak dibuatnya. Review dah semestinya kena buat. Yer tak?
Inilah dia cerita pasal contest tersebut:
“Contest:
While we will may change the referral payout mechanism in future, for this month: The top 10 referrers by the end of the month of June 2007 (30th June 2007, 11:59PM), will get RM100/SGD45 each credited into their Advertlets Account”
Oh maaf lah banyak sangat komentar saya hari ini. Sekian terima kasih.
Popularity: 1% [?]






















June 5th, 2007
abdfatah 

Posted in 
[...] Dari Blogger Lain Abdfatah MohdIsmail Hongkiat RajaAdsense Cyberhacks [...]