GAMBOR : saudara Alang ( Samsul Zamzuri Abu Bakar)
HARI ini di pagi hari semasa ulasan di MHI, dan sudah tentunya juga di ruangan ulasan akhbar RTM bertarikh (11/05/2007)
Saya nak buat cerita menarik sedikit berkenaan otai internet tersebut. Ally Iskandar berkata beliau nak kongsikan cerita pasal usahawan internet dari rumah dengan hanya berbekalkan sebuah laptop dan menjana pendapatan 5 angka. Tentunya anda cukup teruja.
Lantas saya meneka siapakah beliau itu?
Ada laptop dan anda boleh buat bisnes. Namun awas! jangan terpedaya dengan skim kaya cepat lagi berlipat yang membawa mudarat.
Wah! Kuar surat kabau hang! Otai internet yang berjaya dalam perniagaan internet. Contoh teladan yang bagus untuk diikuti.
Apohal pun tahniah berkepul-kepul buat Alang. Semoga mendapat perhatian yang sewajarnya dari mereka yang terpikat dengan perniagaan internet agar menggunakan cara perniagaan yang sebenar untuk berjaya dan bukan dengan cara yang merugikan diri sendiri…
“pendapatan 5 angka….” kata Ally Iskandar . memetik dari akhbar NST
Moga kisah-kisah kejayaan yang sebegini dapat menyedarkan ramai orang yang berbondong-bondong nak ikut serta dalam perniagaan internet tetapi tidak begitu ariff perniagaan bagaimana yang perlu disertai.
Inilah masanya untuk anda semua bangkit bersama-sama mereka ke arah meraih kejayaan perniagaan internet yang sebenar.
Saling bantu membantu mana yang perlu, jika tidak berlagu pilu, nak berniaga dalam internet tak tahu.
TAHNIAH! TAHNIAH! DAN TAHNIAH!
Ho ho ho… kilometrico…
Sekian. Terima kasih.
psst… buat nst saya mintak izin ambik gambo tu sekejap yer. bleh?








































































