Saya pun tak tau nak citer macam mana pasal networking nih. Kalu citer pasal networking MLM lagi payah saya nak huraikan. Apatah lagi untuk cari tajaan untuk hasilkan duit dengan networking yang ramai. Kalu setakat join MLM aje boleh lah. Banyak jugak saya join MLM sebelum nih tatkala teruja dengan duit semata-mata. Bukan senang nak cari duit dengan MLM nih jika sampai satu tahap anda tetiba akan berhenti tanpa sebarang hasil yang lumayan.
Wah! Hasil yang lumayan yer? Memang lumayanlah kalu kena caranya dalam usaha cari duit dengan MLM. Anda hanya perlu membina networking yang kukuh untuk satu dua line terlebih dahulu dan kemudian anda jaga dengan sebaiknya supaya mereka boleh terus bekerja bersama-sama dengan anda sampai bila-bila.
Serik? Nak kata serik tu takder lah jugak. Sekurang-kurangnya saya ada sedikit sebanyak pengalaman yang tak seberapa berkaitan dengan MLM. Tahu sikit-sikit laa walaupun tak banyak. Buku MLM pun ada jugak yang dibeli. Hehe… Cuma yang pentingnya komitmen untuk cari tajaan dan juga duit lebih dengan MLM.
Setakat nih saya terpaksa hold dulu berkenaan MLM nih. Banyak menda nak kena fikir jika nak teruskan komitmen dalam MLM nih. Jangan nanti berteraburan pulak nak buat itu ini. Kalu nak diikutkan pengalaman memang sukar buat masa nih untuk saya mengaktifkan semula gerakan penajaan saya. Maklumlah pengalaman tak seberapa, bukannya hebat sangat dalam urusan tajaan. Tanya itu ini memang tak berjawab saya nanti. Jangan tanya saya… jangan…
Buat masa nih MLM prepaid sms aje la yang saya masih dapat income berdikit-dikit. Itu pun satu line je yang aktif. Hahaha… very slow networking daaa….
Networking prepaid sms mymode saya yang terdahulu ada yang masih aktif buat sales dan tajaan. Tapi buat masa nih saya berdaftar dengan networking prepaid4u, itupun tak berapa aktif juga. Jauh ketinggalan berbanding dengan ejen-ejen yang lain. Sayapun jelus jugak sebenarnya nak berjaya dalam mymode nih. Haha…
Macam mana nak buat, haa?
Eh citer pasal mymode pulak saya nih… takper la citer pasal networking juga. Yer tak? Hek eleh nak promote prepaid4u ke?
Sekian terima kasih

tony says:
September 22nd, 2007 at 11:10 am
Pernah Denger MERRO INTERNATIONAL NGGA klo belum, coba dech cek