Nasyid rock? Apokeheynya…?
Stesen radio keberatan siarkan muzik nasyid.
Kalo begitu kita wujudkan radio nasyid.fm
Oleh Zainuri Misfar dari berita harian melaporkan…
“Album genre ini turut gunakan khidmat pemuzik profesional, cuma lirik kekal dengan tema ketuhananENTAH di mana atau apa sebabnya, lagu dari kumpulan dan penyanyi nasyid seolah-olah tidak ada tempat untuk diputarkan di stesen radio, kecuali hanya untuk masa tertentu.Beberapa anugerah yang menyediakan kategori untuk muzik nasyid diadakan sekadar melepaskan batuk di tangga kerana calon yang disenaraikan bukanlah kumpulan atau penyanyi nasyid sebenar.
Pengarah Urusan Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB), Mohd Sharudin Dawam berkata, kalau diikutkan sambutan pendengar atau peminat terhadap album nasyid sebenarnya lebih tinggi daripada penyanyi yang membawakan lagu muzik kontemporari.
“Setiap kali kita membawa album nasyid ke stesen radio, ada antaranya sudah menolak dari awal-awal lagi, iaitu tidak ada tempat untuk lagu nasyid di stesen radio mereka.
“Muzik nasyid tetap sama dengan muzik lain. Adakah kita kena menyanyi dalam irama rock barulah lagu nasyid boleh disiarkan di radio? Kebanyakan muzik nasyid sekarang lebih bagus dan moden. Hanya liriknya saja yang kita kekalkan dengan tema ketuhanan, kerana itulah perbezaan lagu nasyid.”
=========================================
Pendapat saya :
Itulah dia scenario dan keluhan dari mereka yang memperjuangkan irama nasyid. Kenapa irama nasyid tidak mendapat tempat di stesen-stesen radio utama? Tidak lakukah? Tidak sesuaikah? Sukar untuk diterimakah? Kenapa tidak dapat sedikitpun untuk memberikan peluang kepada para pejuang nasyid dengan irama nasyidnya itu?
Takkan nak tunggu hari-hari tertentu sahaja untuk menyiarkan lagu nasyid. Takkan nak jadikan lagu nasyid menjadi lagu rock baru boleh terima lagu nasyid di arena penyiaran radio2 utama Negara?
Apakah RTM hanya mahu membiarkan stesen radio utama tidak menghiraukan lagu2 nasyid yang diperjuangkan oleh pejuang nasyid tanahair?
Adesh… apohal dengan saya nih?
Tapi tak apa laa nak buat macam mana kalo dah takleh nak bertakhta di hati radio2 utama. Saya cadangkan mereka yang mahu perjuangkan irama nasyid dan ingin menempatkan nasyid di stesen radio…. Anda memohon lesen radio agar dapat menempatkan lagu2 nasyid dengan stesen radio yang tersendiri.
Kenapa irama lagu2 lama dan evergreen boleh dengan selambanya diwujudkan radio klasiknya yang tersendiri. Apakah tidak boleh diwujudkan radio nasyid.fm?
Wohooooo… radio nasyid.fm bakal menggegarkan negara?
itulah dia fenomena lagu nasyid masa kini.
sekian terima kasih
Popularity: 5% [?]










nasyid rock aperkohernyerrr….ader “hell” ler tuh hehehe…ntah ler – aku pong tgk anugerah era jg masa band nasyid Akbar + Mirwana + Tukang Kata nyanyi. kesian aku tgk dia org. smpe mengrockkan lagu nasyid. mungkin perubahan yg nak disampaikan tetapi perubahan yg aku xhingin tgk..aperkoheynya!!!!
Nasyid FM? bukan ke Radio IKIM.fm dah ada untuk laguu2 nasyid, kenapa perlu tambah lagi stesen radio untuk nasyid
lagu band tempatan pon payah nak dengar, inikan pula lagu Nasyid
Rjuna –> betul la aku rasa…
IKIM.fm memang best untuk lagu nasyid..
janganlah nak meng’rock’ kan nasyid…
biarlah nasyid dengan identiti sendiri
IKIM satu je yang ada… bukannya ada banyak. sasarannya tak tercapai target. mereka mahu perjuangkan ke seluruh pelusuk radio yang ada di muka bumi ini barulah boleh dikatakan nasyid boleh menggegarkan dunia seantero alam…
kalo setakat satu corong je yang kedengaran macam mana mereka nak perluaskan lagi pasarannya…
rasanya kena hambik dj yang minat nasyid barulah nasyid akan berkumandang dalam radio… jika dj favorite lagu rock, maka mulanya dengan rock dan akhirnya dengan sentimental… miahahahahaa…