mengejar kemewahan yang sementara
Sunday, June 10, 2007 10:33Apa macam hari ini? Sudah berjaya? Masih lagi belajar? Belajar kat mana? Sekolah? Universiti?
Perbelanjaan macam mana? Ditanggung oleh ibu bapa? Ditanggung oleh badan pemberi pinjaman? Atau dapat biasiswa?
Senario sebegini seringkali anda dengar. Setahun yang sudah atau tahun tahun yang akan datang? Begitulah yang akan terus berlaku…
Bukan soal pinjaman yang berbangkit, hutang yang liat untuk berbayar. Anda tidak perlu rasa terkejut. Simpan sahaja kejutan itu untuk lain waktu.
Anda sungguh bertuah lantaran dapat pergi ke menara gading. Mereka yang tak dapat pergi macam mana? Mereka yang benar-benar tidak begitu terdesak untuk cari duit secara mudah dan cukup berkobar-kobar untuk ke universiti?
Bagaimana pula dengan mereka yang terjebak dan terpengaruh untuk bermewah tatkala masa yang ada perlu diberikan perhatian untuk belajar? lebih menyedihkan lagi anda menipu mak ayah anda?
Anda sememangnya tidak layak untuk ke menara gading. Kenapa anda perlu ke menara gading untuk mengejar kemewahan? Apakah selepas ini anda tidak dapat nak kejar kemewahan semahunya yang anda mahu?
Anda sepatutnya berhenti dan berikan peluang kepada orang lain untuk sambung dan bertapak di menara gading. Jika tidak ia adalah suatu perkara yang cukup sia-sia biarpun anda akan berjaya menggondol sekeping ijazah kelak. Ia sudah tidak bermakna lantaran anda menipu dan berbohong kepada masyarakat, malahan keluarga mak ayah anda yang mengharapkan anda untuk berjaya sebagai graduan harapan.
Graduan harapan? Siapakah itu? Bukan semua hendak dipukul rata, hanya segelintir sahaja yang buat perangai. Jika tiada duit, jangan cari pasal.
Mak ayah tak tahu? Jika tahu dah tentu kecewa sakan. Sudah tentu mak ayah tak tahu lantaran anda yang mahu bermewahan lantaran terpengaruh untuk mendapatkan duit yang mudah. Di mana anak anda sekarang?
ada komen?
sekian terima kasih.
















































































Kasyah says:
June 10th, 2007 at 12:35 pm
Tak tahu mahu klasifikasikan diri ini bagaimana… bidang yang pada mukanya minat menjadi subjek yang membosankan… menghabiskan duit biasiswa saja…huhu… bukan mahu menghalang golongan lain tapi banyak prob yg timbul
ktom says:
June 10th, 2007 at 4:56 pm
Biasiswa ada lagi ke sekarang ni?
Biasalah tu anak2 zaman moden, dah biasa dengan kemewahan, cuma segelintir yg benar2 perlukan perbelanjaan utk ke menara gading. Jika mereka ini yg kedudukannya tak la susah sgt tp dpt pinjaman, tp yang betul2 memerlukan tak dapat pulak. Jadi salah siapa? Utk dpt pinjaman , background keluarga kena stable, kena income byk, jika tak stable tak dapat, org yg incomenya byk dapat pulak sedangkan yg betul2 memerlukan ialah keluarga yang susah tu.
Jadi bila yg dah senang dpt pinjaman, hmm apa lagi berbelanja sakan lah….
Jadi nak salahkan siapa di sini?