masih keliru dengan perniagaan dan pelaburan internet?
Tuesday, August 7, 2007 16:56“Mane2 bisnes yang menggunakan komputer dan internet, maka bisnes internet, so jadi pelaburan internet la. camne. Ati2 la semua ni akan disekat. Tunggu dan lihat…”
Nampaknya sasaran utama yang akan disekat adalah mereka yang menyertai forex. Forex menggunakan medium internet untuk mencari ahlinya. maka terpaksalah saya menghentikan proses untuk belajar menorex. Hati-hati lambat laun forex jugak akan disekat…
Adesh… Sekali lagi tersekatlah hasrat saya untuk memulakan perniagaan internet secara online. Tak boleh nak berniaga tudung secara online. Tak boleh nak berniaga ebook secara online. Tak boleh nak promosikan autoresponder secara online. Batik online pun tak boleh??
Tak boleh dan semuanya tak boleh…
Habis tu macam mana saya nak berniaga secara online kalo semuanya kena sekat oleh….????? KPDHEP???
Saya sendiri pun tak faham dengan perniagaan internet. Dan lagi saya tak faham dengan pelaburan internet.
Kalo anda katakan bahawa melaburkan wang anda untuk memulakan perniagaan berasaskan internet ke arah perbelanjaan untuk memulakan apa-apa skim yang berkaitan dengan skim cepat kaya dan menyuruh orang lain masuk untuk dapatkan wang masyuk dengan mudah. Apakah namanya itu?
Dah tentunya namanya pelaburan yang tidak menguntungkan.
Anda jangan silap faham dengan menghentam perniagaan berasaskan internet sama dengan pelaburan internet. Lain cerita jika anda mengeluarkan modal untuk melabur dalam perniagaan internet yang sebenar.
Faham ke tidak nih? Atau masih lagi keliru?
Analoginya jika anda mahu memulakan perniagaan kerepek secara online. Apakah ia dinamakan sebagai pelaburan internet. Anda kena faham antara pelaburan dan perniagaan.
Apakah perniagaan itu sama dengan investment yang telah menelan beribu-ribu duit orang ramai dan mangsanya adalah orang melayu dan dalangnya adalah orang melayu? Melayu tipu melayu?
Kenapa dalang tersebut boleh menyetup software yang canggih dan mula mengutip duit dari ramai orang. Mengutip duit dari orang ramai dan membuat keuntungan atas kemasukan orang ramai itu yang dinamakan pelaburan internet yang diharamkan.
Tak faham lagi? Anda boleh cari rujukan berkenaan apa itu pelaburan internet yang dinamakan investment dan juga perniagaan sebenar yang berasaskan internet.
Jangan pula menghukum mereka yang menjual ebook sebagai pelaburan internet yang membuat urusniaga jual dan beli. Itu bukan pelaburan tetapi ia adalah perniagaan.
Tak faham lagi?
Nanti saya ceritakan berkenaan affiliate pula selepas ini.
sekian terima kasih.
















































































zool says:
August 7th, 2007 at 7:18 pm
Ha ha ha… tetiba je ada backlink…
hm.. tips yang bagus .. harap2 kekeliruan dapat diuraikan.. he he he
pluginbaby says:
August 8th, 2007 at 2:10 pm
mula2 aku tak paham pe mende ko ckp.. last2 bru paham sket.. hehe
Azhar Ahmad says:
August 8th, 2007 at 3:21 pm
Sekali fikir, Forex berbeza dengan pelaburan internet yang lain…
azwanhadzree says:
August 8th, 2007 at 9:55 pm
Masih ada yang keliru. Tu lah, dengar sangat cakap orang tanpa selidik sendiri kan?