Apa bezanya? Anda masih belum berjaya kerana anda telah banyak kali GAGAL dalam setiap usaha anda. Itu tidak mengapa lantaran anda perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya pada masa depan.
Berusaha dengan lebih gigih dan tidak mengenal erti putus asa.
Wah! Begitu sekali yer?
Anda belum pernah GAGAL? Itu pun satu cara untuk tidak perlu mencipta apa-apa kejayaan yang anda inginkan. Bagaimana yer mereka yang tak pernah GAGAL?
ANDA TIDAK PERNAH GAGAL?
Saya memang tak pernah GAGAL. Sebab saya tak buat apa-apa untuk melibatkan diri dalam skim kaya cepat, untung berlipat, tetapi terjerat. Memang tak pernah GAGAL jika anda tidak join skim piramid. Orang yang join aje yang akan merasai pahitnya kegagalan tersebut.
“nasib baik hang tak join…” kata member saya.
Itu untuk perkara yang tak berfaedah ler…
Bagi usahaniaga konvensional atau perniagaan internet sebenar pun sama jugak, jika anda tidak pernah melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan nescaya anda adalah JUARA dalam kategori BELUM PERNAH GAGAL?
Ikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dan anda akan melangkah gagah menjadi sebahagian dari mereka yang telah berjaya. Membantu mereka yang gagal berjaya bersama-sama. Namun bayarannya tetap perlu disediakan. Mana ada nasihat percuma atas dunia nih… semuanya kena bayar!
Apa yang penting anda tidak boleh menjadi orang yang TIDAK PERNAH GAGAL.
Ho ho ho… sureco !
Sekian terima kasih.
