assalamualaikum…
Kenapa dengan rumpun07? Kamu pergi atau tidak? Siapa yang tak pergi boleh belanja nasik kandar sepinggan. wuahahahaaaa…
Maka tidak dapat tidaknya saya terpanggil untuk membicarakan berkenaan rumpun07. Apohal nak citer pasal rumpun07 pulok. Opss sekadar membuat liputan secara tak langsung. berita menarik jugak sebagai isipadu blog masa kini…
Semuanya dok citer pasal rumpun yang popular tu...
Manakala mael pulok dengan gayanya yang tersendiri sedang beraksi dengan penuh kefemesannya… dengan segala sukacitanya telah memperkenalkan PCMalaya yang digembar gemburkan sebelum ini.
Mari kita jenguk gambo2 yang telah disediakan oleh chot dalam rantaian flickernya itu dengan jayanya. Jom kita jenguk blog chot punya rumpun.
Tidak ketinggalan juga anda boleh menyaksikan jugak apa yang telah mael sampaikan buat tatapan para bloggers berkenaan ceramah berapi-api yang diutarakan oleh mael untuk menjadikan beliau lebih femes dari kebiasaannya. Mari kita jenguk aksi PCMalaya berdemonstrasi dengan jayanya
Kepada yang dah menjayakan rumpun07 tersebut, selamat maju untuk semua bloggers. Moga2 kalo ada lagi gath sebegini rupo bleh gak meriahkan lagi untuk tahun2 akan datang. Atau gathering hari raya aidilfitri mungkin juga boleh dianjurkan…
Kenapa saya suka rumpun07? Ini kerana ia dapat mempertemukan para bloggers yang berlegar di alam siber masa kini biarpun saya tak pergi. Akan datang atau tahun depan buat lebih meriah lagi…
sekian terima kasih.










































































