“Dengarnya memang mudah nak dapat duit dengan internet?”
“Eh yer ke? Tentu dapat ribu-ribu dengan mudah,kan?”
Sudah tentu anda akan mendapati ia memang mudah untuk menghasilkan duit jika sekiranya anda tidak melakukannya seorang diri anda. dari situ anda membantu diri anda mempermudahkan orang lain mendapat pendapatan secara sambilan.
Jika anda ingin membuka kedai, dah tentu anda akan melantik para pekerja bekerja dengan anda,dan anda akan membayar mereka. Namun demikian di sini mereka bertindak sebagai freelancer kepada apa yang ingin anda hasilkan. Sekiranya anda berkehendakkan sales letter yang baik untuk memaksimakan keuntungan dah tentu anda akan mengupah seseorang yang arif bagaimakah cara untuk membuatnya.
Segala hasil usaha yang telah diberikan mestilah mendapat bayaran yang berpatutan. Anda untung orang lain pun gembira. Sama-sama untung.
Sales letter. Anda boleh belajar sendiri jika mahu. Jika tak nak buang masa anda, lebih baik upah.
Webdesigner. Tak tahu nak buat website macam mana? kenapa tak upah aje? Kerja senang duitpun masyuuuuuuuuuk…
dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan oleh anda.
Sekiranya anda dah ada produk untuk di pasarkan, untuk dipromosikan. Apakah yang anda akan buat? Membuat segala-segalanya seorang diri? Saya sendiri akan berfikir banyak kali jugak untuk membuatnya sendiri. Rasanya tak larat untuk membuatnya seorang diri dalam satu masa. Maka serahkannya kepada pakar dan anda hanya perlu membuat promosi dan menerima bayaran dan membuat penghantaran produk.
Namun demikian takkan semua perkara nak mengharapkan orang lain membuatnya untuk anda. Jika dah ada panduan yang disediakan, pelajari dan mahirkan diri anda untuk kebaikan masa depan anda juga. Jangan nanti anda terkial-kial untuk membuat seorang diri.
Jimat lagi menguntungkan. Jangan membuang masa anda begitu sahaja.
