Kerja dan berniaga

Anda bekerja dan anda berniaga?

Mereka yang bekerja makan gaji selalunya akan cepat nampak peluang perniagaan. Nak berniaga itu ini, rancang itu begitu dan begini. Apabila mereka nampak peluang tersebut maka bagi yang dah ada cukup modal akan berkira-kira untuk berhenti dari kerja yang telah sekian lama disandang sebelum ini maklumlah zon selesa memang payah nak ditinggalkan kecuali yang sering bertukar kerja.

Dah berapa tahun kerja? Dah lama kerja dan nak mulakan berniaga sekarang. Begitulah ceritanya tatkala semangat berniaga itu datang. Duit sudah dikumpulkan untuk berniaga. Namun cabarannya? Cabaran perniagaan bukan kepalang sehinggalah wang modal untuk perniagaan yang dijalankan itu kehabisan. Mana nak cari modal lagi?

Ketika itulah terasa peritnya perniagaan yang cukup berbeza sekali dengan gaya makan gaji. Anda akan terasa keperitan perniagaan setelah wang terkumpul yang sedia ada sedikit sebanyak habis tanpa anda sedari. Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan yang boleh diselesaikan?

Nak kerja balik memang susah bukan main. Memang patut cari kerja untuk kumpul modal dan bermula semula. Pengurusan kewangan juga penting untuk maju dalam perniagaan.

Apatah lagi jika anda baru nak bermula. Mahunya tak rugi sakan? Cepat putus asa?

Sekiranya anda hanya nampak kejayaan orang lain dalam perniagaan semata-mata memang anda tidak boleh berniaga serta-merta. Tetiba je nak berniaga? Mereka yang berniaga tu dah makan asam garam dalam perniagaan. Berapa lama mereka sudah bermula? Dah tentu lama sebelum anda bekerja lagi. Memang takkan ada situasi hari ini mula berniaga, esok lusa dah boleh pakai kereta baru. Sekadar angan-angan aje laa jika nak cepat kaya.

5 tahun dari sekarang perniagaan anda bagaimana? 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang? Nak wariskan kepada anak cucu-cicit?

Err… petik kata mana nih? Cuba teka? Nak bagi kredit nih…

Sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 1% [?]

Share
Bicara semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>