lagi citer duit punya pasal

Wah! ini satu lagi kisah cari duit yang cukup mudah dengan Telekom Malaysia. JUTAWAN MERDEKA TM. Itulah tajuk utama yang sebenarnya. Citer pasal peraduan oleh Telekom Malaysia yang cukup budiman memberikan hadiah duit RM1 juta. Begitu lumayan sekali dan begitu mudah untuk dapatkan RM1 juta sekelip mata?

Pada saya lebih baik peluang itu diraih oleh semua orang yang patut memperolehinya setiap tahun. Menang satu juta tetapi ramai yang memperolehi manfaatnya. Situasi menang-menang orang kata.

Apa kata Telekom Malaysia? Ramai yang akan berebut-rebut nak jadi jutawan merdeka sebenarnya. Saya juga kecewa lantaran tahun ini ada lagi tawaran RM1 juta hanya untuk seorang sahaja.

Sungguh kecewa. Lantaran itu saya tidak akan dapat duit RM1 juta. Mana nak cari lagi duit RM1 juta?

Oh begitu sekali ekau kecewa yer?
“Katanya program “Jutawan Merdeka TM” akan menjadi pengukur kepada ketaatan pelanggan kumpulan TM dan salah satu cara dalam menyampaikan semangat patriotisme terhadap negara.”

Ini yang tak best nih. Kalu gitu lebih baik bagi RM2 juta untuk tahun depan supaya lebih ramai lagi yang dapat cari pasal dengan duit melalui peraduan Menang Bersama TM setiap tahun? Apa macam?

Sekadar cadangan sahaja. Suka-suka hati je nak buat cadangan yer?

Jika dah takder banyak duit jangan cuba cari pasal.

Siapa pulak tahun ini bakal bergelar jutawan merdeka yer? Maka kisah jutawan tahun lepas dah tentu akan terimbau kembali? Tak gitu?

sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 1% [?]

Share
Bicara semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>