Jika anda mahu menjadi usahawan

Citer nih memang menarik bagi mereka yang nak memulakan perniagaan tetapi mendapat rintangan dari keluarga mereka sendiri. Ini disebabkan mereka tidak yakin dengan perniagaan yang anda akan jalankan walaupun anda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan.

Mereka yang nampak duit dari bidang kerjaya makan gaji sahaja memang begitu. Mereka hanya tahu KERJA! KERJA! KERJA! Dan dapat gaji. Kerja dengan cara MAKAN GAJI dan dapat PENCEN. Itu sahaja yang mereka nampak. Berniaga nih bukan jaminan masa depan.

GAJI dah dapat tiap-tiap bulan. Kenapa mesti berhenti kerja atau tidak bekerja namun berkeras nak berniaga juga. Jika dah berhenti dah tentu gaji tak dapat.

Saranan saya lebih baik anda bekerja secara sambilan di mana-mana premis perniagaan secara praktikal. Itu lebih baik. Haaa… kerja secara praktikal? Contoh aje laa bagi yang nak.

Ini kerana ia akan memupuk semangat keusahawanan anda atau bagi yang dah bekerja makan gaji dan hati nurani terus memberontak nak memulakan berniaga, anda boleh mencuba mengambil mana-mana kursus perniagaan untuk memantapkan lagi skill perniagaan anda. Kerja anda tidak terbengkalai dan hati anda gembira serta bersedia untuk berhenti kerja dengan modal yang tersedia.

Dah tentu biar kecil asalkan berhasil…

Sambung balik….

Beberapa bulan selepas itu beliau berjaya meyakinkan keluarga beliau untuk memulakan kedai runcit mereka walaupun pada peringkat permulaan mendapat bantahan kekuarga. Biar apapun keluarganya cakap, beliau tetap dengan usahanya untuk berniaga. Maka berniagalah beliau saban hari sehingga berjaya. Kemudian dari itu ditambah satu lagi ahli keluarga mereka juga memulakan perniagan runcit seperti beliau juga di satu kawasan yang lain.

Bukan itu saje, ada kisah sampingannya pulak… dek teruja oleh perniagaan yang menghasilkan keuntungan hampir RM1000 sebulan tersebut, mereka cuba menyertai satu perniagaan yang tidak begitu menjadi setelah menyertainya, denger aje nama perniagaan, keluarga beliau tersebut memberikan sedikit modal untuk berniaga. Namun hampa, perniagaan tersebut sekerat jalan je… mungkin MLM kot?

Namun beliau kekal dengan perniagaan yang sedia ada. Menjadi tokei kedai runcit.

Rintangan keluarga?

Sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 1% [?]

Share
Bicara semasa

3 comments


  1. Saya setuju dengan saudara

    thanks

  2. ridzuan

    saya nak tanya sikit… camaner nak majukan perniagaan internet nie???

  3. yang itu kena belajar selok belok perjalanan sebagai usahawan internet yang sebenar dan bukan segala2nya indah berkenaan perjalanan perniagaan mereka… jenguk2 la blog2 usahawan internet yang lain2 yer…

    saya nih masih merangkak lagi… tengoklah cabaran yang dihadapi oleh Fai… tidakkah itu satu cabaran yang cukup getir bagi beliau?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>