info overload dan tiada idea anda

Pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalu pergi. Dari mula permulaan blog ini sejak APRIL 2007 dan sehinggalah sekarang bertapak ke bulan JULAI 2007. Inilah hasilnya dengan blog themes yang baru yang telah diubah beberapa hari yang lepas. Buat masa sekarang banyak menda yang terfikir untuk menulisnya namun ia tersangkut dan tergantung dek kerenah saudara yang bernama info overload.

Sehingga begitu sekali? Tak tahu nak tulis apa yang ingin ditulis? Saya sendiri terkadang tak tau laa nak kata apa berkenaan penulisan dalam blog, padahal banyak yang boleh kita susun dan pilih dan gaul untuk menghasilkan artikel yang menguntungkan untuk dibaca dalam bentuk ulasan ke panduan ke pendapat ke dan bermacam-macam.

Itulah masalahnya, bermacam-macam. Maka dengan pelbagai jenis bahan rujukan itulah yang membuatkan antara kita tak tahu apa yang hendak ditulis. Tak gitu?

Maka tiada apa yang hendak dibuat lagi melainkan menyatakan bahawa tiada idea dah nak nulis apa kebenda entahnya… itulah juga yang berlaku kepada saya. Apa lagi yang hendak ditulis yer?

Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Mari kita kongsikan bersama agar dapat membuka minda dan jalan untuk terus berkarya dan mengalirkan idea bernas yang lebih bermakna untuk penulisan masing-masing. biarpun isu ini ada dibincangkan dalam blog lain. tak salah rasanya memberikan panduan dan pandangan untuk manfaat ramai-ramai yang boleh digunapakai atau jika ada yang terlepas pandang atau yang baru nak mencari apa-apa bahan untuk blog mereka.

p.s : saya akan kongsikan satu emel dari rakan saya yang diforwardkan kepada saya esok hari untuk kita perkatakan berkenaan isu yang dibangkitkan. bukan overlaod tetapi isu masa kini.mungkin ada yang dah tahu atau ada yang belum tahu…. esok ya. jangan lupa…

sekian terima kasih…

haaaa… ada yang nak kena bagi kredit nih…. tungguuuuu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 1% [?]

Share
Bicara semasa

1 comment


  1. writer’s mental block namanyer….tak per…sekejab je penyakit tu… 2, 3 hari lepas tuh rasanyer nanti macam-macam ideas nak tulis :) Tahniah dah 3 / 4 bulan dah menulis.. Teruskan menulis! :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>