“Mana nak cari? Tak jumpa-jumpa… dari tadi lagi asyik skrol dan skrol memanjang. Katanya enjin carian ada maklumat yang boleh dicari dengan cepat. Mana nih? Tak jumpa apa pun..”
Oh… itupun jika berlaku situasi sedemikian rupa laa. Jika ada.. ada ke gitu?
Haha… macam mana hari ini? Idea dah buntu? Gaya penulisan masih lagi tak menentu? Jangan risau… Anda hanya perlu menulis dan terus menulis setiap hari. Berfikir dan berfikir untuk menulis setiap hari.
Idea menulis? Buku jangan lupa. Jelajah blog sudah semestinya. Kalau boleh beri kredit…
Memanglah sukar nak memulakan apa jua penulisan biarpun untuk mendapatkan idea spontan dan idea kajian yang tersimpan. Jika anda tidak memulakannya dari sekarang anda tidak akan tahu manfaatnya artikel tersebut kepada mereka yang tercari-cari informasi yang bermanfaat kepada mereka. Dengan itu permudahkan carian idea anda yang bermanfaat dengan menulis sampai tak ingat dunia… alahai sampai tak ingat dunia?
Apa yang penting adalah membiasakan diri anda menulis secara spontan yang mungkin. orang kata ambik masa membazirkan masa menulis apa jua idea yang tersembul keluar. Tersembul keluar? Idea spontan lagi best. Dapat idea hari ini, tulis hari ini, dan publish juga hari ini juga.
Wahaaha… anda lihat sendiri mereka yang telah berjaya dalam penulisan masa kini. macam mana beliau boleh menulis di majalah kanak-kanak? terserlah gaya penulisan untuk kanak-kanak. Takkanlah nak tulis pasal kanak-kanak tulis cerita pasal ebook pulak? Tidak berapa sesuai. Malahan menulis di majalah-majalah yang lain lagi.
Tapi blog tak boleh nak buat macam tu. Mereka mencari informasi mungkin klik dan pergi begitu sahaja macam blog saya ini. hehe… Kalau begitu buat blog untuk kanak-kanak macam anime ke…
Apa yang penting adalah cara dan gaya anda menulis tersebut bermanfaat untuk semua orang dan boleh diterima dari segi pandangan umum. Tidak begitu?
Opss ini idea spontan je pakai hentam tulis. jika bermanfaat jadikan panduan. Jika tidak, lupakan sahaja…
Namun ia terpulang kepada individu tersebut untuk memanfatkan idea penulisannya kepada umum mengikut tahap dan gaya penulisan masing-masing.
Sekadar pandangan saya aje. Bukan cadangan total yang boleh dilaksanakan dengan spontan. Jadi di sini anda boleh menilai dan membuat kajian berkenaan tahap penulisan anda sendiri dari semasa ke semasa.
Eh ok ke tulisan saya hari ini. Faham ke?
sekian terima kasih.
Popularity: 1% [?]




faham-faham..jangan bimbang.. =) Aku pun susah jugak nak menulis ni..Tapi kalau idea tu dah datang, tangan ni cam susah ja nak berhenti menaip..