Alhamdulillah … hari ini kita study cerita blogging steps.
Kenapa dengan blogging steps? sudah tentu ia mendapat sambutan ramai di kalangan bloggers masa kini. Anda cukup bertuah jika anda memiliki panduan tersebut, saya juga sedang mempelajarinya secara trial and error. Anda pasti suka 100%. TABIK SPRING buat otai internet zul smartusaha yang bertungkus lumus menyiapkan panduan tersebut.
dan saya mengesyorkan kepada anda untuk mendapatkannya DENGAN SEGERA!
Tak lupa juga kepada otai-otai internet yang banyak membantu newnie untuk membina blog mereka yang tersendiri.
Secara amnya jika anda mahu berjaya dalam apa jua bidang anda perlukan kesabaran. Jika anda tidak mempunyai kesabaran yang tinggi dalam usaha anda, maka anda tidak akan dapat menjayakan apa-apa jua misi yang ingin anda capai.
Jadi kesabaran dalam mengusahakan sesuatu itu amat penting. Begitu juga dalam usaha pembelajaran untuk menghasilkan blog yang anda idam-idamkan bahkan memikat ramai pelawat, ia tidak akan terjadi dalam tempoh sehari dua sahaja.
Jika anda telah mendapatkan panduan menghasilkan blog yang anda mahukan, maka anda tidak perlu terburu-buru dan tergesa-gesa. Ini kerana trial and error tidak boleh dilakukan oleh mereka yang terburu-buru dalam sesuatu usaha yang memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan satu-satu blog yang baik dan berkualiti.
Jika anda sudah mengetahuinya, maka amat dan terlalu amat mudah untuk anda menghasilkan blog-blog yang lain mengikut citarasa anda.
Jadi anda perlu banyak bersabar dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan yang terbaik untuk diri anda. Jika anda mahu berjaya, ikutlah orang yang telah berjaya dan jadikan kegagalan itu untuk melonjakkan diri anda ke arah kejayaan.
Jika kerjaya anda memperuntukkan hanya 8 jam sehari untuk bekerja dengan orang lain. Ia sudah tentu berbeza dengan bidang perniagaan yang memerlukan masa lebih kurang 80 jam seminggu sahaja.
sekian terima kasih.
Popularity: 1% [?]



