hambik dan lari lintang pukang
Sunday, August 5, 2007 11:15Dah hambik dah? Nampaknya tak lama lagi berkubur tanpa nesan laa kamu…
Nah… ada sesiapa yang nak hambik idea orang? mari kita hambik idea orang dan kemudian tutup blog dengan serta-merta. Banyak idea orang yang boleh kita hambik bulat2 dan letakkan dalam blog kita. Edit sikit2 je…
Hmm… Contohnya siapa yang telah berbuat demikian? Eh mereka yang berbuat demikian takkan nak bagitahu bahwa “sayalah yang hambik artikel mereka, dan kemudian mendabik dada akulah yang suka hati ambik dan bubuh dalam blog aku”
Ada situasi sedemikian rupa? Mana ada… tetiba je ada artikel kita dalam blog mereka memang banyak yang berlaku… Orang nak buat blog, kita pun nak buat blog jugak… mungkin artikel kita tu special sangat agaknya…
Jawapannya tak lain dan tak bukan mereka akan cabut lari dan lari sejauhnya dari masyarakat siber. Sapo yang suruh?
Kalo tak ada idea sekalipun nak buat… baik duk diam aje. Lain ceritalah kalo nak buat menda lain yang entah apa-apa…
Nak bagi contoh ke? Rasanya anda boleh carilah sendiri yer memana pemilik asal dan amuk sakan lantaran idea mereka kena tiru bulat-bulat atau mengaku hak mereka tanpa segan silu dan tiada apa-apa yang berlaku?
Habis tu, kenapa lari lintang pukang?
Seingat saya dah ada software pengesan copy and paste artikel. Tapi tak tau laa nama apa… google aje laa yer. Lepas nih mungkin ada software khusus untuk artikel blog pulak agaknya… mudah sikit nak kesan.
nak bagi kredit kat sapo haaaa??

















































































draxter says:
August 5th, 2007 at 1:28 pm
Aku macam terasa je, tapi salah tak kalau aku hanya jadi penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
abdfatah says:
August 5th, 2007 at 4:42 pm
terjemahlah bahasa arab ke bahasa melayu… terjemahan lain citer maaa.. kita guna bahasa kita sendiri. ayat kita sendiri dan rujukannya kena ada sebagai bonus promosi percuma orang kata… untuk tuan punya asal tu…
zool says:
August 5th, 2007 at 4:57 pm
biasa orang buat link ke blog-blog tuan punya asal..
dulu penah gak buat ciplak tapi bila baca balik tak original..
baik tulis sendiri.. walaupun mungkin merapu tapi lebih seronok dan puas..
ala yang copy paste nie mesti pikir nak dapat traffic cepat.. terpulanglah masing2..
san says:
August 5th, 2007 at 5:13 pm
Satu cara untuk tetap memelihara hak cipta penulis blog ialah sekurang-kurangnya menyatakan “Source Link” atau URL dari mana artikel tersebut di ambil.
Jika tidak,nanti C anu kata Yes, C anu kata No, last-last,No Yes, No yes, Yes No, Yes No pula dan tidak tahu siapa yang benar dan salah dan akhirnya akan terjadi “Misundestanding” pula.
Tapi dalam diam-diam orang yang pencuri itu yang salah,yang di atas saja yang nampak.Hehehe.
.. Lainlah kalau tetiba source link URL nya hilang atau tidak wujud didalam dunia internet (kena culik oleh company yang empunya hosting sebab tak bayar kos ) .