Ini saya petik dari otai internet Malaysia nih. Sori la yer sebab saya sendiri pun masih dalam peringkat pembelajaran total sebenarnya. Banyak lagi yang perlu saya pelajari tentang selok belok perniagaan internet. Memang diakui jika anda masih dalam peringkat pembelajaran di tahap yang masih (sekolah rendah?), sudah tentu hasilnya tidak seberapa. Berapa banyak anda akan dapat hasilnya dalam peringkat pra sekolah?
Belajar dan terus bertindak secara berperingkat-peringkat.
Nampaknya anda tidak begitu sabar untuk meraih keuntungan yang segera. Anda perlu ingat usahawan secara online bukan sekadar buat bisness dan duduk rest for ever. Jika anda mahu berjaya anda perlu lakukannya secara peringkat demi peringkat. Selagi anda berada di tahap sekolah (tadika online?) selagi itu anda tidak akan dapat apa-apa yang menguntungkan.
Nama lagi peringkat pembelajaran bertahap. Selesai sahaja peringkat pembelajaran yang telah anda kuasai itu barulah anda bergerak ke peringkat seterusnya, iaitu melaksanakan apa jua perniagaan internet yang anda ingin promosikan. Sekali lagi peringkat ini juga memerlukan satu kesabaran yang tinggi dan juga komitmen yang penuh.
ATAU adakah anda serius mahu cari duit online atau sekadar suka-suka?
Jika anda mahu memulakan sesuatu GAMES dah tentu anda akan belajar bagaimana nak mengendalikan GAMES tersebut dengan sebaiknya. Adakah anda tidak begitu sabar?
Sekian terima kasih.
