Berapa usia anda sekarang? Sudah tentunya semakin bertambah. Begitu juga dengan usia blog anda. Berapa bulan? Atau berapa tahun? Bilakah tarikh ia dilancarkan? Pendek kata usia satu-satu blog adalah motivasi kepada pemiliknya untuk terus maju ke hadapan lagi. Jika tidak terpulanglah bagaimana anda mahu mencorakkan masa depan blog anda.
Usia blog sebagai motivasi kepada pemiliknya?
Alahai… baru 2, 3 bulan aje dah nak putus asa ke? Apohal nak putus asa pulak. Belajar itu sepanjang hayat. Takkan nak masuk periksa baru nak belajar. Jika anda baru jumpa cerita pasal buat blog dah tentu anda perlu mempelajarinya dengan sebaik mungkin. Anda tak boleh terus pandai begitu sahaja. Cukuplah dengan mengetahui asas yang kukuh.
Takder asas macam mana nak menapak dengan lebih kukuh lagi. Takkan nak pakai redah begitu sahaja. Yer tak? Saya sendiripun masih banyak yang perlu dipelajari.
Bukan mudah tetapi tidak begitu menyukarkan jika anda telah mengetahui cara yang sebenar untuk membina satu-satu blog tersebut. Lebih baik anda mempunyai blog anda sendiri dari memiliki blog yang percuma. Jika anda boleh mempertahankan usia blog percuma anda sampai bila-bila tak mengapa. Jika tidak, sayang seribu kali sayang…
Dan ingat jalan mesti ke hadapan bukan ke belakang….
Sekian terima kasih.

zool says:
July 20th, 2007 at 3:48 pm
usia blog bertambah tapi usia kita makin kurang…
saya juga ada blog bayar dan blog percuma..
namun masih baru nak merangkak..
ktom says:
July 20th, 2007 at 9:21 pm
abdfatah, ada beberapa perkar yg ktom belajar bila dtg sini tp tengah fikir nak buat cam mana.
Usia ni sensitif sikt…oh ye ke? Tidakkkkk
Jika usia bertambah takpe..itu dah tak boleh sekat dah…tp hati mesti muda …bukan bererti muda nak enjoy tp keinginan utk belajar masih kuat dan mampu berinteraksi dgn sesiapa sahaja termasuk org yang jauh lebih muda darinya.
Tapi usia blog Ktom baru sangat…tengah blurr lagi…..namun kehendak dan keinginan memberikan semangat yg jitu utk terus belajar ttg ebiz…
Peluang dah ada depan mata…rebutlah kan….hehehe
abdfatah says:
July 21st, 2007 at 12:38 am
yer betul… usia tetap akan berkurang dan meniti hari2 yang mendatang.
tak kiralah usia baru atau lama aktiviti berblog kena teruskan selagi terdaya… dah tua nanti siapa pulak penggantinya?
abdfatah says:
July 21st, 2007 at 3:28 pm
abdfatah says:
July 22nd, 2007 at 12:21 am
oh tidaaak… muda tetap muda…
san says:
July 29th, 2007 at 3:02 pm
Kalaulah blog tu pandai bercakap,sudah tentu dia akan terbatuk-batuk,ye tak ! sebab blog dah tua,kadang-kadang sesak nafas,tapi orang kata, ” tua-tua keladi,makin tua makin menjadi”
Hem,kalaulah blog tu masih muda,tentu pandai beranak yer.hehe
… Pasal usia blog tidak jadi halangan.Ada orang yang dah berjaya..
buat satu blog,lepas tu,dia akan beli domain dan pasang software blog ,yang terbaru. Jadilah blog baru..tunggu 3 tahun,blog itu akan jadi tua ..Hehehe
abdfatah says:
July 30th, 2007 at 1:14 pm
wahahaha… blog bleh bercakap? mungkin blog masa depan laa. manalah tahu cukup tempoh dia dapat blog otomatik yang baru… hihi.