cerita top komentator
Thursday, July 19, 2007 10:34Anda menggunakan top komentator? Sudah tentu ramai yang menggunakannya. Dengan penggunaan plugin untuk top komentator tersebut sebagai penghargaan kepada pengkomen yang rajin komen, dan jika tidak anda boleh mula menggunakannya sekarang sebagai salah satu cara untuk menarik trafik ke website anda.
Buat masa sekarang trafik berjalan baik dan saya perlu mengeluarkan idea-idea yang lebih dari biasa nampaknya untuk memperkemaskan konten posting saya ini.
Satu lagi berkenaan ruangan komen yang anda ingin izinkan atau tidak izinkan komen. Itu terpulanglah kepada anda sendiri. Nama lagi blog, ia perlukan interaksi dua hala. lain cerita jika anda menggunakan plugin 21 hari disable komen. Maka tidak dapatlah pelawat anda memberikan komen kepada blog anda.
Kepada anda, kamu, mereka dan mereka dan juga dia itu serta si dia… jika perlukan komen jangan sekadar menjadi pemerhati yang senyap semata-mata. Atau sekadar singgah je sebagaimana saya sendiri singgah sekejap. Haha… orang singgah sayapun singgah sekejap…
Jika anda mahu : meriahkan komen dalam blog anda.
Mari kita bincangkannya bersama di sini : tips banyak komen.
Tips menarik komen ke blog anda. Bagaimana?
Sekian terima kasih.

















































































palie says:
July 19th, 2007 at 1:16 pm
yupp… kekdg kite rasa cam puas hati bile entry yg kite wat dpt sambutan @ komen… at least kite tau sapa yg baca blog kite…
dott-com says:
July 19th, 2007 at 4:12 pm
sebenarnya blog comments dijadikan unt kita saling berbincangkan. sbb melalui comments selalunya perbincangan pelbagai hala akan terjadi…comment akan memeriahkan blog..dulu saya kurang komen dan hanya jd silent readers sbb tiada blog sendiri, tp skg kena rajin2 jg komen unt dapatkan member blog. jom kita meriahkan blog kita
adila says:
July 19th, 2007 at 4:28 pm
hm betul tu fatah…
tapi ada yang malangnya…nama kita dah di kira spam la pulak…
tak puas bila kita komen, komen kita tak naik…kena tunggu approve dulu…
hubungan dua hala nih memberkan sesuatu kepada kita…at least tambah bilangan kawan di alam maya ini…
Azhar Ahmad says:
July 19th, 2007 at 8:19 pm
Haduih…. baru festaim datang, dah kena caras kan… Hummm, memang betul. Kena tambah satu benda lagi. Berilah komen kat entri bukan di shout box.
Apapun, terima kasih melawat saya di Teratak ya…
abdfatah says:
July 19th, 2007 at 9:04 pm
begitulah seadanya ruangan komen yang memberikan kekuatan dan motivasi untuk terus menghasilkan posting secara berterusan. banyak cabarannya nak menghasilkan posting yang meraih komen yang bertalu… dan caranya telah disediakan kemudian jadikannya realiti…
banyak lagi kena sediakan dalam blog yang tak seberapa ini…
dan terima kasih jugak kpd yang sudi membuat kunjungan balas…
san says:
July 19th, 2007 at 9:20 pm
Sebenarnya jika kita menggunakan ruangan komen untuk memberikan komen,ehem,ada kaitan dengan RSS lah,Saya dah baca semalam mengenai power RSS dan bagaimana RSS diletakkan , RSS aku dah testing kat blog aku,dengan remove dan pasang balik serta buat testing lagi… ternyata..jeng! jeng ! jeng !!nanti aku buat posting pasal ni,supaya sumua urang boleh belajar..kita semualah…ngam juga ko posting kat sini pasal komen ni.
san says:
July 19th, 2007 at 9:35 pm
shhh !! itupun kalau testing yang ke 3 aku jadi.
kumb@ng says:
July 20th, 2007 at 11:20 am
lagi bagus kalau dapat bagi hadiah kat top komentator…hehe
Syafrizal says:
July 23rd, 2007 at 7:46 pm
mmg bagus kalau pakai plugin top komentator.. hehe menggalakkan ramai meninggalkan komen dan juga menaikkan ranking.
draxter says:
July 27th, 2007 at 12:20 pm
Macam best je Top Commentator tu, aku nak guna lah. Tq for the info