cara realisasikan impian anda

Apa khabar hari ini? Moga sihat dan ceria selalu hendaknya. Bagaimana dengan rancangan perniagaan anda hari ini? Tiada rancangan? Tiada apa yang hendak dibuat? Mana mungkin tiada apa yang hendak dibuat hari ini?

Bagaimana pula dengan matlamat anda untuk kehidupan pada masa hadapan? Sudah tercapai atau masih dalam rekod harian minda atau rekod harian secara bertulis? Rekod dalam minda tak ada? Rekod secara bertulis pun tak ada?

Anda seharusnya perlu bermula dari sekarang jika anda mahu berjaya dalam kehidupan anda hari ini atau esok lusa. Kenapa anda perlu menulis matlamat anda setiap hari? Apakah ia tidak begitu menghasilkan apa-apa yang menguntungkan?

Cuba anda mulakannya dari sekarang dan anda akan merasai perbezaan antara menulisnya dan menampalkannya di dinding dan membacanya berulang-kali. Kemudian anda menulis matlamat anda itu berulang-kali sehingga habis kertas dan terpaksa membeli pen-pen yang baru.

Jadi, saranan dari saya jika anda telah berhenti, anda perlu mulakannya semula dengan lebih tekun lagi. Jangan sekadar meletakkannya hanya di dalam minda anda semata-mata. Menulis dan terus menulislah akan matlamat anda setiap hari, dan ia mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah anda sekarang. Namun sedikit sebanyak akan mengarahkan diri anda untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin.

Contohnya jika anda mempunyai hutang yang tidak terlangsaikan oleh diri anda ketika ini. Bilakah anda mahu selesaikannya? Tuliskan ia di atas kertas untuk selesaikannya bagaimana…?

Itulah yang diceriterakan oleh pakar perniagaan internet dan juga jutawan dari planet jupiter berkenaan menulis matlamat.

Sekian terima kasih…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

Share
Bicara semasa

1 comment


  1. selagi tak berjaya perlu usaha…usaha…usaha :mrgreen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>