buat blog sebagai hobi?
Tuesday, May 1, 2007 15:16Tak ada duit ke? Kalu gitu buat blog sebagai hobi…
Tak makan nasi ke? Hinggakan tak makan nasi buat blog?
Kenapa? Tak percaya ke? Dapat duit dengan hobi buat blog…
Apa kata anda mulakannya sebagai satu hobi sebagaimana anda mempunyai hobi masa kecik-kecik dulu. Ingat tak lagi apakah hobi yang anda suka? Anda tentu terasa cukup seronok dengan hobi anda. Siang malam asyik dengan hobi anda sahaja. Hobi membuat blog?
“Suka hati saya lah hobi saya…” biasa kedengaran kan?
“Ikut kawe hobi kawe…”
Hmmm… cukup menarik sekali seandainya anda membuat blog sebagai satu hobi yang anda suka nak buat. Minat sungguh dengan hobi blogging. Lain kali orang tanya, apa akan anda jawab? Apa hobi kamu masa lapang? dah tentu anda jawapan anda adalah blogging sepenuh masa.
Tak bosan ke? Asyik berblog setiap hari?
Nak bosan apa kebendanya jika dah itu menjadi hobi kegemaran anda. Melihat hasil tulisan dipublishkan di internet. Tak perlu nak tunggu kuar suratkhabar atau majalah. Jika dah ada modal nanti anda bolehlah memulakan langkah anda dalam perniagaan internet dengan lebih bersedia lagi.
Apa jua cabaran yang bakal anda tempuhi dah tentunya anda akan dapat selesaikan dengan cara yang lebih bijak. Adakah anda sudah bersedia menjadikan ia sebagai satu hobi pada masa lapang atau sepanjang masa?
Saya pasti ada ramai yang dah bermula dengan blog percuma dalam pelbagai bentuk kategori mengikut minat masing-masing. Rasanya kalu cakap perihal minat tak berapa ngam sangat disebabkan nak buat blog untuk cari duit. Terkejar-kejar duit, blog entah ke mana, bisnes lintang pukang.
Oleh itu namakannya sebagai buat blog sebagai hobi masa lapang anda.
Saya ada membeli satu artikel yang berharga RM15 berkenaan buat duit dengan hobi anda. RM15 dia jual… punyalah exited nak kaya cepat. Dapatnya apa? Buang karan je beli… hehe tapi kandungannya berkenaan dengan hobi yang anda suka ler. Jika anda mempunyai hobi anda yang tersendiri, anda boleh meraih pendapatan yang cukup lumayan.
Tidakkah itu lebih menguntungkan? Dari pengalaman yang anda lalui dalam usaha membina blog tersebut anda akan dapat melihat peluang buat duit sedikit demi sedikit. Bukan dengan cara tergesa-gesa yang akan merugikan diri anda sendiri. Di kemudian hari nanti anda boleh menjadikan hobi anda sebagai sumber pendapatan tetap.
sekian terima kasih…















































































