anugerah penyapu bersih sapu bersih
Thursday, November 22, 2007 7:09assalamualaikum…
Buat duit dengan penyapu…
Buat duit dengan mop lantai….
Anugerah penyapu? Bagaimana pula dengan mop lantai? Baldi berisi air untuk bersih apa-apa habuk yang ada di sekitar kedai anda?
Anda tengok pula mereka yang kerja sebagai tukang cuci yang mencuci bangunan yang tinggi-tinggi hanya untuk mendapatkan sedikit wang untuk menyara kehidupan. Nyawa tiada galang ganti. Duit boleh dicari…. Itulah dia cerita yang akan anda saksikan dengan tajuk cuci oleh geng afdlin shauki.
==============================================
“Saya gembira melihat kesungguhan yang ditonjolkan Hans Isaac. Walaupun saya belum lagi menonton filem Cuci tetapi saya percaya kredibiliti yang dimiliki Hans Isaac begitu juga dengan pelakon yang lain.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk saya kembali dalam dunia seni. Sudah 15 tahun saya meninggalkan dunia seni, Cuci adalah yang pertama dan mungkin saya akan lebih aktif lagi membantu anak seni yang lain,” kata Tony.Idea menghasilkan filem itu menurut Hans timbul ketika dia terperangkap dalam kesesakan di Jalan Sultan Ismail. Matanya tiba-tiba tertumpu pada dua lelaki yang sedang sibuk mencuci bangunan Maju Junction. Walaupun nyawa mereka diancam bahaya, namun mereka masih boleh bergurau senda dan kelihatan girang kala melakukan tugas.
“Bayangkan makanan yang diberikan kepada keluarga mereka adalah hasil titik peluh meletakkan nyawa mereka di hujung tanduk sedangkan kerja saya sebagai seorang pelakon mudah, pergi ke lokasi dan berlakon saja. Jadi saya terfikir kenapa tidak saya hasilkan sebuah filem mengenai mereka,” katanya yang percaya keempat-empat mereka mempunyai nilai komersial dan memiliki pengikut yang tersendiri.
berita harian punya sumber.
==========================================
Nampaknya cerita cuci bertepatan dengan anugerah penyapu. Nampak macam kebetulan untuk acara bersih atau gotong royong untuk membersihkan kawasan sekolah atau bersih dari sampah sarap yang menjadi tanggungjawab majlis perbandaran untuk sapu bersih sampah-sarap yang sedia dibuang ke dalam tong sampah.
Anugerah tong sampah tak ada ke?
Apa yang pasti adalah jika anda tidak mempunyai tukang sapu sekitar kawasan bandaraya. Maka bandaraya anda tidak akan kelihatan bersih malahan akan menimbun dan penuh sesak dengan sampah sarap.
Nak buat perhimpunan bersih bandaraya secara besar-besaran memang takkan larat jawabnya. Sebabnya terpaksa panggil bomba untuk sembur dengan air terlebih dahulu untuk bersih segala apa yang ada di hadapan.
Biar betul kamu….
Segala yang bernama penyapu memang ada faedahnya kepada anda semua. Penyapu kena ada gandingan mop lantai. Lepas tu kena ada gandingan baldi air untuk operasi bersih. Nak lebih popular lagi guna untuk bersih adalah penggunaan vacum cleaner. Very clean with modern technology maaaaa….
Saya selalu guna penyapu lidi untuk membuang dan bersih sarang labah-labah yang membuat sarangnya dan juga lokasi perhimpunan labah-labah sekejap ada dan sekejap tiada. Bertempiaran lari tatkala sarang labah-labah kena bersih dengan penyapu labah-labah tersebut.
Bersih jangan tak bersih.
Faham ke? Kalo tak faham hambik borang jawatan kosong dan kerja sebagai cleaner bangunan tinggi-tinggi. Ada jugak pengalaman sebagai tukang cuci. macam mana???
Jika tak ada tukang cuci macam mana anda dapat hidup dalam suasana bersih setiap hari.
TERIMA KASIH kepada tukang sapu yang setia dengan penyapunya itu.
nak kerusi? mahuuuuuuuuuuuuuuuuu….
nak payung? mahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu….
nak tongkat? mahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…
Nak penyapu? untuk mereka yang menjadi tukang sapu sahaja. tetiap hari menyapu. kepada tokei penyapu ….mereka sedang buat duit dengan penyapu buat masa sekarang.
Paling penting di rumah saya dan setiap rumah memang perlu ada penyapu dan mop lantai. Sekurang-kurangnya penyapu sarang labah-labah.
Jangan bawak teksi sapu dah laaaa….
Sekian terima kasih.

















































































SuperJogos - Todos os jogos da internet » anugerah penyapu bersih sapu bersih says:
November 22nd, 2007 at 7:35 am
[...] Technology Bites: Tech News, Web 2.0, Tools wrote an interesting post today!.Here’s a quick excerptanugerah penyapu bersih sapu bersih November 22, 2007 – 7:09 am assalamualaikum… Buat duit dengan penyapu… Buat duit dengan mop lantai…. Anugerah penyapu? Bagaimana pula dengan mop lantai? Baldi berisi air untuk bersih apa-apa habuk yang ada di sekitar kedai anda? Anda tengok pula mereka yang kerja sebagai tukang cuci yang mencuci bangunan yang tinggi-tinggi hanya untuk mendapatkan sedikit wang untuk menyara kehidupan. Nyawa tiada galang ganti. Duit boleh dicari…. Itulah dia cerita yang a [...]
NafieCarL says:
November 22nd, 2007 at 8:48 am
observer says:
November 22nd, 2007 at 11:20 am
Sila baca
Now ACA has reopened 1998 case against Senior lawyer Datuk V.K. Lingam and has grilled him for more than seven hours, based on new issues (brought up by his brother) that have cropped up pertaining to a 1998 probe.
Go H E R E
adila says:
November 22nd, 2007 at 4:51 pm
tak der penyapu…bersepah berhabuk la sebuah rumah ibu….
penting penyapu ni bila difikir sedalamnya…tak ada dia tak bersih rumah dan laman kita…
tapi…kenapa kita mula hangin bila anugerah penyapu di berikan…???
kalau penyapu yang berkualiti, sekali sapu hilang habuk…nak satu !!!
randavi says:
November 23rd, 2007 at 7:12 pm
tak patut anugerah penyapu dilaksanakan, lebih baik tukar ngan anugerah vackum.
saya rasa selangor satu2nya negeri yang buat anugerah nih. Negeri lain bila pula nak join.
deennasour says:
December 1st, 2007 at 2:37 am
ni ada cadangan:
ANUGERAH TONG SAMPAH
untuk filem2 yang macam sampah
ANUGERAH MOP LANTAI
shoppping complex yang tandas kotor
ANUGEREAH PENYEDOK
jabatan yg suka ambik rasuah
ANUGERAH SELIPAR JEPUN/SELIPAR JAMBAN
untuk yg suka buat rusuhan