Kenapa perlu sayangi duit anda, jika tidak ia akan lari, cukup perit nak cari ganti, makan masa berhari-hari, sudah habis tak sampai esok hari, hanya cari duit dengan makan gaji.
Ahahaaa… jangan sekali-kali anda membenci duit anda. Nanti duit anda akan lari lintang pukang. Jangan risau untuk sayangi duit anda. Memang tak rugi anda sayangkan duit anda. Sayang macam mana? Anda perlu cari sebanyak-banyaknya duit yang anda mampu. Berikan pula duit tersebut kepada mereka yang berhak sebanyak-banyaknya.
Bagaimana? Boleh?
Dah tentu boleh, takkan cari duit boleh, nak beri duit pulak tak boleh? Habis tu sampai bila anda akan kaya atau menjadi jutawan dengan hanya hidup untuk cari harta dan duit semata-mata?
Yang dikejar memang tak dapat. Yang dikendong habis dikutip orang.
Tak salah nak kejar duit berlori-lori sekalipun. Jangan nanti terkejar-kejar, duit simpanan pulak habis dibelanjakan sehingga tiada berbaki. Habis sia-sia simpanan yang terkumpul setelah sekian lama cari jalan untuk dapatkan duit dengan berhempas pulas siang dan malam.
Tidakkah ia suatu perkara yang sia-sia sekiranya duit yang dicari tidak diuruskan dengan sebaik mungkin. Lepas itu cari pasal untuk dapatkan duit dengan kad kredit pulak. Anda akan menambahkan lagi beban untuk menghasilkan hutang yang tak sepatutnya. Cari nahas dengan duit plastik. Sekiranya hutang anda diuruskan dengan sebaik mungkin, sudah tentu hidup anda akan tenang biarpun berhutang. Tak gitu?
Duit memang mudah untuk dihabiskan, memang sukar untuk dicariganti semula.
sekian terima kasih
