Berapa lama anda kerja untuk cari duit? berbaloikah dengan hasil yang telah anda perolehi? Kerja bagai nak rak? Setiap bulan dapat gaji hanya untuk bayar hutang?
Kenapa?
Apa yang dah anda lakukan? Anda bekerja tetapi masih tidak cukup duit? Itulah masalahnya, kenapa tak ada duit sedangkan anda masih bekerja? Kenapa tak simpan duit yang telah anda dapat itu? Simpanan untuk masa depan tiada peruntukan langsung?
Alangkah ruginya jika tak simpan sedikit demi sedikit. RM10 pun tak bleh nak simpan? Apa yang penting adalah membayar hutang dan membayar hutang. Hutang yang diutamakan. Bukan diri sendiri yang diutamakan. macam nak simpan duit jika hutang sahaja yang perlu dibayar?
Seringkali masalah ini kedengaran. Seringkali itu juga kita mengeluh. mengeluh tidak akan menyelesaikan apa-apa. Hanya tianggal kenangan sahaja tatkala mendapat gaji bulanan. Eh sekejap je dapat tengok duit gaji? Sekejap juga ia bertukar tangan.
Fenomena kerja makan gaji untuk bayar hutang dah biasa anda dengar. Jadi usah gundah gulana jika anda tidak cukup duit. Orang lain pun tentu tak cukup duit jugak lantaran terpaksa mendahulukan hutang dalam segenap hal.
Apohal sekalipun diri sendiri yang sepatutnya diutamakan biarpun hanya sedikit. Jika banyak buat cara banyak dan jika sedikit buat cara sedikit.
Dari itu jika anda cari duit dan ia tidak pernah cukup. cubalah usahakan untuk cari duit dengan lebih banyak lagi agar anda dapat kembalikan keceriaan dalam suasana kerja yang lebih produktif dan bukan sekadar merungut tatkala usaha cari duit anda begitu menyeksakan diri anda sendiri. Terseksa cari duit?
Meh sini kita pakat rebut peluang cari duit dengan segera. Duit segera?
sekian terima kasih.









































































