BuluhMas antara yang heboh berkaitan 4 syarikat yang telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia isu hangat terkini. Antara syarikat yang terlibat yang disenaraikan adalah BuluhMas, Eastana Farm, Noradz Travel, Jazmeen yang dikatakan mengambil deposit orang ramai tanpa lesen.
Bank Negara serbu empat syarikat
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malay- sia menyerbu empat syarikat semalam yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.
Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara menyatakan, empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel and Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat-syarikat tersebut dirampas untuk tujuan penyiasatan.
Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.
Bank Negara akan menjalankan siasa- tan ke atas operator syarikat terbabit me- ngikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewa- ngan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.
Banyak cerita yang kedengaran berkenaan buluhmas. Buluhmas dengan modal permulaan hanya rm15 sebagai agen pengiklanan bergerak tersebut diperincikan dengan panjang lebar berkenaan perniagaan yang mereka jalankan. Buluhmas masih dalam siasatan dan kita tunggu kisah selanjutnya selepas ini. Apakah akhirnya buluhmas akan datang….. Kalo dah kena cekup dengan BNM. Nampak gayanya kena tunggu keputusan muktamad terlebih dahulu.
* Konsep pengiklanan Buluhmas ini menarik kerana ia menjalankan sistem upah yang mana belum ada satu pun syarikat di Malaysia ini yang menjalankan konsep pengiklanan seperti ini.
Kita saksikan kerenah komentar berkaitan buluhmas. Kenapa BuluhMas? Apa kata anda????
Pengambilan deposit tanpa lesen
Buluhmas disyaki mengambil deposit
BuluhMas antara 4 syarikat diserbu bank negara
Anda tahu apa itu skim cepat kaya? Mari kita selongkar tabir skim cepat kaya yang sebenar. Kemudian buat perbandingan yang sewajarnya dengan hati nurani minda sedar anda.
Landskap buluh camner pulak ceritanya?
Popularity: unranked [?]






















October 14th, 2008
abdfatah 


Posted in
Tags: 
laju jugak cerita buluh mas kena serbu dek bnm nih. lepas nih apa cerita lagi yang akan timbul?
baru je baca kat blog titan. Dah sampai kat macam2 blog yek..
apa yg diorang iklankn? tgk stiker je biasa je..xde pon iklan bnda lain? logik ke kita dpt upah? rakyat malaysia nak cpt kaya je..diorang pndai amek kesempatan…sedar la sket..x de jalan cpt nak kaya
[...] Buluhmas: Buluhmas disyaki terlibat mengambil deposit tanpa lesen Buluhmas : Korang ada join tak? Buluhmas makin hangat sure heboh? BNM arah Buluhmas hentikan operasi selama 3 bulan Betul ke perihal buluhmas? BuluhMas antara 4 [...]
[...] 7. Buluhmas makin hangat sure heboh? [...]
Xnak komen lebih2. Neway…buat pilihan yang bijak. That’s the point.
Woo ayah aku n pakcik aku ada masuk Buluhmas tuh (konon tampal stiker kereta jer leh dapat income)
Lagi 1 ayah aku n staff ada deposit duit utk kereta sewaan Noradz Travel (deposit beli keter waja untuk sewaan n keuntungan dibayar bulan2 sampai 5 tahun)
Korang rasa danaforex.com pun boleh di kenakan tindakan tak? Sebab mengambil duit orang tanpa lesen yang sah………
pak dara n mak dara aku ramai dah joint, mereka ajak aku joint sekali, tetapi aku tak nak, bukan x percaya pada syarikat buluh mas nie, tapi x percaya pada kerajaan….sebab kerajaan skrg mana bole lihat rakyatnya hidup senang, klu boleh ia mahu rakyatnya macam melukut di tepian gantang…..harap kau rang paham
[...] 7. Buluhmas makin hangat sure heboh? [...]
aku tak berani nak komen jauh2
aku dengar mereka dpt kecik je , pencen biasa je.
tak le beso , dan ada produk IKS pulak
lain le bisnes internet yg panas dulu tu
yg ni pun kena cekup jugak .
Kalau tak de lesen ,, kena kompun le ,
dan bagi diorang lesen le… baru betul
Aku pun ada dengar Buluh Mas ambik produk IKS. Tapi jiran aku yang supply produk makanan kat Wal Mart Buluh Mas tu, tak register pun IKS. Tapi buluh Mas cakap produk IKS..Dia cuma hantar produk yang tak berlabel..jadi camno tanda halal dan tempoh luput produk makanan tu?
Tmkasih pada semua pembaca. kawan masa senang mudah di cari tapi kawan masa susah sukar di cari , kita mudah lupa , orang kita cepat melatah mudah memberi tanggapan negetif pada stiap isu tanpa usul periksa . orang kita sukar maju kerana sikap sendiri yang mengagungkan dunia luar tanpa mengiktiraf kemampuan sendiri. “MALAYSIA BOLEH”.
Nilah Malaysia!!!Mana boleh tanah air yg menjadi tanah melayu pada awalnya tgk kejayaan kesenangan bumiputra.Dugaan tak henti2,semoga kejayaan akan dilindungi oleh Allah SWT.Bersatulah bangsa!!!!Org lain pegang ekonomi skarang harap akan datang jJANGAN NEGARA pon jadi taruhan demi kepentingan!!!!!
apa dah jadi buluhmas.saya tak dapat apa pun