Sepah Juara Raja Lawak musim ke 3 | Pentas raja lawak astro

Raja Lawak musim ketiga dimonopoli oleh Sepah yang dianggotai oleh 3 peserta lawak antarabangsa. Nama mereka adalah :

PETALING JAYA: Prestasi konsisten sejak awal pertandingan menobatkan trio dari Johor Bahru, Sepah untuk muncul juara Raja Lawak musim ketiga di sini, malam tadi.

Kemenangan Sepah yang dianggotai Shahmira Muhamad, 24, Mohd Nadzri Zainal dan Mohd Noor Murad, 23, sekali gus mengatasi cabaran dua peserta akhir, Mohd Amirullah Azmi (Amir), 20, dan wakil tunggal wanita, Nuur Jihan Musa, 25.

Lawak dan jenaka Sepah yang bersahaja dengan tema bebas dan lagu jenaka menarik perhatian penonton sehingga mencatat undian SMS tertinggi serta mendapat pujian juri profesional, Zaibo, Fauziah Nawi, Syamsul Ghau Gahu dan juri jemputan, Adlin Aman Ramlie.

Manakala untuk tangga kedua dimenangi oleh peserta wanita Nuur Jihan Musa.

Peserta tempat ketiga dimenangi oleh Amir.

Dengan ini Sepah telah berjaya memperolehi jumlah hadiah berupa :

1.wang tunai RM20,000.

2.sebuah kereta Citroen Picasso,

3.barangan elektrik dan jugak sebijik trofi dari pakcik astro.

Tempat kedua pulak adalah saudari Jihan dari Selangor dengan hadiah berupa :

1.wang tunai RM14,000.

2.motosikal Naza Blade 250R.

3.barangan elektrik dan jugak sebijik trofi dari pakcik astro.

Tempat ketiga pula dibolot oleh encik Amir dengan style gaya ‘I’m sorry’ mendapat pulangan hadiah berupa :

1. Wang tunai RM8,000,

2. Barangan elektrik dan sebijik trofi dari pakcik astro.

Selesai sudah raja lawak musim ketiga. Menyusul nanti pentas raja lawak musim keempat. Tungguuuuuuu…

Raja lawak astro Sepah musim ketiga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: unranked [?]

Share
hiburan tanahair , , , , , , ,

3 comments


  1. nampaknya amir telah kecundang ke tempat ketiga. beliau seharusnya perlu memperbaiki dan mempertingkatkan lagi research untuk buat lawak yang lebih mantap…. apapun tahniah buat juara raja lawak astro musim ketiga…

  2. lahh…tak tau lak aku final rajalawak …tahniah la sape2 yg menang tuh.

  3. tapi sepah suka perkataan mayat & burung.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>