Black dan Mas Idayu Juara Mentor 3
Sunday, July 12, 2009 23:24Foto TV3
Tu dia punya cerita. Black telah menjadi juara untuk musim ketiga mentor 3 punya realiti show dengan hadiah gempak sebuah kereta dan wang tunai rm100,000.
Protege dan Mentor yang lain tidak pulang dengan tangan kosong. Lepas nih kita tengok pulak apa citer mentor musim keempat.
Siapa juara Mentor 3?
KONTROVERSI pemilihan peserta akhir Mentor 3 tentunya tidak akan menganggu konsentrasi tiga protege terpilih, Black, Chaq dan Fira untuk bersaing pada malam ini.
Masing-masing bukan sahaja mempunyai kelebihan dan keistimewaan malah mentor mereka pasti sahaja cuba memberikan hasil terbaik pada malam ini untuk peluang merebut hadiah kemenangan wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta.
Protege penyanyi Mas Idayu, Black dikatakan mempunyai harapan cerah bergelar juara kerana dianggap peserta versatil selain merupakan peserta kegemaran yang sentiasa menambat hati juri profesional dan mendapat kepercayaan peminat.
Sementara protege penyanyi/komposer Ajai, Chaq yang terkenal kerana gerak tari bertenaga tentu sekali tidak mahu mempersiakan-siakan peluang mara ke final sekali gus mengembalikan kepercayaan peminat untuk memilihnya sebagai juara.
Dan Fira, anak didik penyanyi Lah Ahmad pasti sahaja mahu memberikan satu persembahan mantap bagi membuktikan yang dia mempunyai pakej terbaik seorang penghibur.
Apa pun usaha mereka dan mentor masing-masing, pasti sahaja yang penting adalah untuk memberi kepercayaan kepada juri profesional dan orang awam yang menilai dan memberikan peratusan markah.
Terbahagi kepada tiga bahagian pemarkahan, juri profesional memberikan 50 peratus markah keseluruhan manakala 30 peratus datangnya daripada undian SMS dan selebihnya daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan, penerbit rancangan dan golongan semi-profesional dalam bidang industri muzik
Black, Chaq dan Fira yang berentap di pentas akhir yang bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor pada pukul 9 malam ini akan menyampaikan tiga persembahan istimewa untuk layak bergelar juara.
Selain persembahan solo, konsert akhir kali ini juga menyaksikan protege akan berduet bersama mentor masing-masing di samping artis undangan.
Finalis Mentor 3 turut memperkenalkan lagu baru yang dicipta khusus untuk mereka hasil ciptaan komposer terkenal tanah air.
Black yang mempunyai vokal lantang pasti sahaja tidak mahu menghampakan penonton dengan persembahan solo dan duet selain mengundang Mus May dan Shamrin bersamanya di konsert akhir.
Chaq juga pastinya tidak akan mempersia-siakan peluang ini dengan satu persembahan istimewa bersama adiknya, Stacy yang merupakan juara AF6.
Sementara Fira akan tampil berduet bersama juara Gang Starz 2, One Nation Emcees di konsert penentuan yang diacarakan oleh Ally Iskandar ini.
Pada konsert akhir ini juga dua peserta uji bakat iaitu Amirul (Amirul Aqmal Mohd Khairi) dan Azmarul (Azmarul Azuan Harrun) akan mempamerkan bakat masing-masing untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.
- WANDA IDRIS
Tahniah sakan kepada juara mentor 3 tv3 kali ini Protege Black dan Mentor Mas Idayu.
Saksikan Keputusan rasmi juara mentor 3
Sekian terima kasih.



















































































orangkuatgua says:
July 13th, 2009 at 2:38 pm
Starchat bersama BLACK-Juara Mentor3 & Mas Idayu. Hari Ini. LIVE webcam. 3.30 ptg di http://www.gua.com.my/starchat
safar says:
July 13th, 2009 at 10:31 pm
Kita habis dok taib sms perabis duit.mereka ni mentor dan Protege cuma boleh kata terima kasih duit anda kami ambil.
hehehehe