0

Formula Kawal Emosi Ibu dan Anak

Posted by abdfatah on September 18, 2018 in kisah rumahtangga |

Apa Jadi Kalau Saya Tengking Anak Saya?

Ada masanya bila terlampau nak marah sangat rasa nak tengking anak tu memang muncul dan menghasut hasut fikiran supaya lepaskan nada suara tertinggi tu pada anak!

Tapi saya cepat-cepat kawal emosi!
Biarlah saya sakit memendam daripada sakit bila saya lepaskan!

Ada 2 efek buruk yang boleh berlaku kalau saya tengking anak saya :
1. Efek pada diri saya : Saya sendiri yang akan menyesal nanti dan lama kelamaan boleh menyebabkan stres yang kronik kalau benda ni berterusan. Mak ayah yang suka tengking ni menunjukkan bahawa kawalan emosi diri tu tersangat la lemah. Saya taknak jadi ayah yang lemah kawalan emosi sebab saya tahu ayah yang lemah kawalan emosi biasanya ditakuti tapi kurang dihormati oleh anaknya sendiri.

2. Efek pada anak : Anak yang selau ditengking ni biasanya akan rasa tak selamat, rasa kurang disayangi, rasa rendah diri dan biasanya nanti akan sangat susah dibentuk dan dikawal. Efek jangka pendek memang la nampak anak tu jadi patuh tapi tu sebab dia takut je bukannya sebab dia faham.

Sampai satu tahap tengkingan ni boleh jadi penderaan emosi tau. Kenapa? Kali pertama dan kali kedua tengking memang diorang akan takut sangat tapi kalau dah jadi kebiasaan, tengkingan biasa takkan jalan dah.

Jadi mak ayah akan cari jalan supaya tahap tengkingan tu boleh jadi lebih berbisa dan lebih ditakuti si anak!

Akhirnya jadilah penderaan emosi secara verbal ( verbal abuse ). Anak-anak jadi makin pendiam, suasana rumahtangga jadi suram, anak-anak pun jadi kurang kreatif dah sebab dah trauma nak buat apa-apa.

Akhirnya, samada anak tu sendiri yang rosak emosinya ataupun dia sendiri yang akan menjadi perosak emosi adik beradik dan kawan-kawan di sekelilingnya suatu hari nanti!

p/s : Itulah kenapa pentingnya ilmu untuk kawal emosi. Tanpa ilmu kawal emosi, yang jadi mangsa adalah anak kita sendiri.

Jom belajar kawal emosi!

p/s Dah download salinan Preview ebook “Mudah Kawal Emosi Ibu Dan Anak?”

 

Klik sini untuk download Formula Kawal Emosi Ibu dan Anak...

(Visited 1 times, 1 visits today)

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2007-2018 Abdfatah.com All rights reserved.
This site is using the Desk Mess Mirrored theme, v2.5, from BuyNowShop.com.