Saya rasa sekarang anda sudah pun tepu melihat promosi laporan “IM-Myth” yang ditulis oleh Russell Brunson, dan jika anda belum mendapatkan laporan percuma ini.
Tujuan utama paparan ini bukanlah untuk saya bincangkan bagaimana anda boleh mendapat USD$1 daripada setiap ‘referral’ yang anda perolehi tetapi saya ingin menghuraikan rahsia di sebalik pemasaran viral laporan “IM-Myth” ini supaya anda juga mendapat manfaat tambahan selain daripada komisyen ‘referral’ anda.
Sebelum saya teruskan, secara peribadi, saya rasakan yang kandungan laporan “IM-Myth” ini secara keseluruhannya bagus dan jika dijual pada harga $17 pun, laporan ini masih lagi berbaloi untuk dibeli. Ia mendedahkan bagaimana Russell membina perniagaan beliau dengan menggunakan strategi offline. Sebelum ini, saya pernah membaca dan belajar bagaimana pemasaran offline boleh memperkembangkan perniagaan Internet tetapi belum melihat sendiri individu yang melakukannya. Dan, Russell berjaya memberikan gambaran yang jelas bagaimana beliau melakukannya.
Baiklah, saya tinggalkan dahulu ulasan saya sebab anda boleh membaca laporan ini sendiri.
Sekarang mari kita lihat bagaimana Russell menggunakan konsep ‘pay-per-subscriber’ dan pemasaran viral untuk laporan “IM-Myth” ini.
Servis ‘pay-per-subscriber’ seperti WorldWideList.com ini bukanlah baru lagi. Apa yang anda perlu lakukan ialah bayar syarikat ini untuk setiap pelanggan (atau subscriber) yang diberikan oleh syarikat ini kepada anda. Kemudian anda boleh menghantar sebarang promosi atau maklumat kepada pelanggan ini, dan dari sinilah anda bina senarai nama (mailing list) untuk perniagaan Internet anda.
Saya pernah mencuba servis sebegini namun boleh saya katakan yang ianya mendukacitakan kerana mailing list yang anda bina tidak responsif, walhal saya telahpun membayar untuk mendapatkan maklumat pelanggan untuk saya hubungi.
Di dalam pemberian laporan “IM-Myth” secara percuma pula, ianya seakan-akan serupa servis ‘pay-per-subscriber’ yang saya nyatakan. Tetapi ianya lebih menarik kerana setiap subscriber, yang Russell dapat hasil dari promosi ini, sudah mengenali beliau dan ianya lebih mudah untuk Russell menghubungi mereka pada masa akan datang. Jadi, kebarangkalian subscriber ini untuk menjadi lebih responsif terhadap tawaran daripada Russell pada masa akan datang adalah lebih besar.
Saya yakin yang Russell sudahpun membuat perkiraan keuntungan yang beliau akan dapat daripada setiap subscriber, dan dari situlah beliau mampu memberikan USD$1 untuk setiap ‘referral’ dan sebagainya.
Selepas langkah ini berjaya difikirkan, Russell mula memberi insentif (USD$1) kepada sesiapa yang berjaya membawa subscriber baru kepada beliau. Disebabkan laporan ini percuma dan sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan dengan memberikannya secara percuma, ianya menjadi semakin menarik untuk sesiapa sahaja untuk menyertainya.
Dan ianya tidak berhenti di situ sahaja. Setiap promosi yang dilakukan berpotensi untuk mendapatkan subscriber yang baru dan juga pemasar yang baru (yang seterusnya akan mula mempromosikan laporan ini).
Maka semakin rancaklah promosi yang dilakukan oleh sesiapa sahaja di Internet.
Bukan sahaja Russell telah berjaya menjadikan beliau lebih terkenal tetapi beliau juga mungkin berjaya menambah beratus ribu subscriber baru ke dalam mailing list beliau.
Akhir sekali, renungi bagaimana cara promosi ini dilakukan dan jangan lupa mengaplikasikan ilmu yang diberikan di dalam laporan “IM-Myth” beliau yang panjangnya 44 mukasurat tersebut.
Mengenai Penulis
Ulasan ini ditulis oleh Zamri Nanyan untuk Blog WebMaster Malaysia. Anda dibenarkan untuk mengambil dan meletakkan ulasan ini di laman web anda dengan syarat artikel di atas dan bahagian ini tidak diubah. Untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat lagi, sila lawati laman web beliau http://www.ZamriNanyan.com/success










































































