Simpanan hari tua anda? Kalo takder simpanan macam mana? Kalo takder simpanan bermakna takder pendapatan ler untuk hari-hari tua anda yang dikenali sebagai Warga Emas. Emas permata berlian. Emas KWSP? Emas memang berharga sehinggakan orang sanggup merebut-rebut untuk mendapatkannya terutamanya kaum hawa dan wanita dan juga perempuan serta gadis ayu cantik molek rupawan.
Emas juga membolehkah nyawa seseorang itu melayang lantaran mahu mendapatkannya secara salah. Melayang lantaran tidak dapat merasai hasil titik peluk rompakan bersenjata yang mereka lakukan. Maka terkorbanlah mereka dek kerana emas punya pasal. Jeriji besi yang menghalang dan juga kaca kalis peluru yang kukuh. Berita rompakan kedai emas menjadi pilihan utama untuk membuat rompakan nekad tersebut. Matinya seorang perompak emas tegar.
Dulu juga ada pengeluaran berkenaan komputer melalui kwsp. Sudah tentunya anda masih ingat lagi berkenaan skim pengeluaran komputer yang telah dihapuskan serta merta tersebut. Maka tiada lagi duit komputer dari kwsp dapat dikeluarkan. Nak beli komputer ke nak hambik duitnya sahaja?
Jadi apa perkaitan ini semua dengan simpanan hari tua anda dan emas kwsp? Itu sekadar pembuka bicara berkenaan emas kwsp. Buat masa ini belum ada lagi akaun caruman emas dari kwsp.
Ini adalah Karangan untuk Peraduan “Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas” anjuran Hasbullah Pit
Ceritanya dari encik sebol yang membuka bicara berkenaan pengeluaran wang dari kwsp untuk membeli emas. Berbaloikah untuk mendapatkan emas dengan menggunakan saluran kwsp selain dari segala caruman yang telah tersedia sebagaimana berikut :
HTML clipboard
Pengeluaran Mencapai Umur 50 Tahun
Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun
Pengeluaran Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB)
Pengeluaran Persaraan Pilihan (SPP)
Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran Simpanan untuk membeli emas. (tiada dalam senarai…)
Bagaimana pula dengan pandangan anda untuk membeli emas menggunakan caruman emas kwsp? Takkan nak tunggu umur persaraan atau sehingga umur 50 tahun baru boleh nak keluarkannya untuk membeli emas. Tak gitu? Sekiranya boleh sudah tentunya caruman sedia ada tersebut sedikit sebanyak memberikan impak yang besar kepada caruman untuk pengeluaran emas. Kenapa? Kerana ia akan dapat menampung sedikit sebanyak pengeluaran caruman simpanan hari tua anda yang sudah tersedia tersebut.
Berbeza jika anda keluarkan untuk komputer dahulu… seandainya komputer itu seumpama emas. Sudah tentunya nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa tanpa melalui sebarang susut nilai yang teruk. dan komputer akan menjadi semakin mahal dan berniali tinggi. Kalo beli komputer dah tentunya nilainya akan merudum di tangan orang kedua. Orang tak panggil pc baru dah… namanya dah bertukau menjadi pc secondhand. Kalo beli kereta… walaupun baru sehari dua di atas jalan nilainya dah menurun takkan naik naik lagi…. makin susut nilai ada laaa. Namanya menjadi kereta secondhand walaupun jenamanya Mercedezz Benz. Camner nak manfaatkannya untuk simpanan hari tua anda kalo dah kuarkan untuk beli komputer semata-mata yang akan susut nilainya?
Itu aje laa encik sebol celoteh Emas KWSP untuk posting kali ini. sekadar pandangan setempat yang tak seberapa bercerita pasal simpanan hari tua anda.
———————————-
Update penyertaan Emas KWSP :
- demi incik sebol…… – Sishoney
- Emas, emas dan emas – ASAL
- Simpanan Hari Tua Anda – GARAM (secukup rasa)
- Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+
- encik hasbullah yang hensem – JeBorn
- KWSP GOLD ?- HardyWeb
- Withdrawing KWSP to buy gold ?- |1f34|-|1r3
- Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB – Afham
- PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil
- Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok)
- Emas Tempayan – Jie (Hidup Biar Sedap)
- Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah
sekian terima kasih.
Popularity: unranked [?]




Pingback: KWSP GOLD ? « hardyweb:perjalanan hidupkuā¢
Pingback: Peraduan “Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas” Sudah Tamat | Hidup Biar Sedap
Salam, sori komen aku off topik…
Theme baru nampak… baru terang sikit mata aku nak tengok.
I think emas is good investation. I can use it without worrying that the value will decrease.
Harga emas sentiasa meningkat
menyimpan di hari tua banyak kelebihannya…..
nenek saya banyak tu simpanan hari tuanya demas smua……