sampul raya untuk duit raya

assalamualaikum…

Bermula akhir bulan ramadhan ini sehingga tibanya syawal yang menjelang… rata-ratanya akan bermula alunan lagu hari raya dan juga persiapan untuk berhari raya.

Bajet duit raya kepada kanak-kanak dan juga mereka yang memerlukan perlu disediakan dengan secukupnya. jadi, tidak dapat tidak anda perlu sediakan duit raya dan juga sampul raya.

Bercakap pasal sampul raya untuk duit raya ini akan menimbulkan persoalan di kalangan kanak-kanak yang ingin tahu berapa banyak yang dapat di hari raya yang pertama. Namun ada juga yang tak berapa kisah. Nama lagi kanak-kanak yang berumur dari 1 hingga 12. Kalo dah umur 13 ke atas namanya remaja laa. Dapat lagi duit raya sehingga tahap umur 15 tahun… hihiii..

Ada juga sampul surat raya… eh, sampul duit raya tersebut ditampal sekali dengan nama-nama penerima yang akan terima duit raya tersebut. Kalo boleh sampul duit raya tersebut kena ada ruang kosong untuk ditulis nama penerima untuk mengesan penerima duit raya tersebut kalo sekiranya tercicir… eh eh… tercicir kat mana?

Rasanya tak semua ada ruangan untuk tulis nama penerima agaknya. Kalo adapun kebanyakannya hilang entah ke mana kalo dah dapat duit raya tu…

Seterusnya ke manakah mereka akan pergi selepas dapat duit raya tersebut? Agak-agaknya dah tentu pergi ke kedai buat belanja sakan… maklumlah nama lagi raya, kena raya sakan laa tatkala dah dapat duit raya.

kalo nak tengok sampul duit raya family… anda boleh jenguk dalam satu blog popular. eh, boleh buat tempahan ke untuk sampul duit raya tu…?

sekian terima kasih…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 3% [?]

Share
cari duit raya

3 comments


  1. Erm, setakat ni belum buat tempahan. Aku belum nak berniaga lagi lah, tak reti

  2. “jadi, tidak dapat tidak anda perlu sediakan duit raya dan juga sampul raya.”

    tak salah beri, tapi takde sebarang kesalahan juga kalau tak beri. Tiada unsur wajib pun dalam berikan duit raya.

  3. blogwalking bulan puasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>