FLB Pro antara misteri dan realiti. Sudah tentunya ada pro dan kontranya. Nak cari duit mudah ke?
Kejayaan tidak datang dengan bergolek? Sudah semestinya ia tidak akan datang terbang melayang-layang dengan begitu mudah. Kenapa dengan FLB Pro? Sengal sangat kalo dengar nama FLB Pro jika anda hanya melihat sekali imbas sahaja. Ramai yang join dan ramai jugak yang tidak mendapat hasil. Promosi sana sini begitu berleluasa sekali. Mana buktinya?
Buktinya anda yang tentukan sendiri…. ( Baca gaya iklan orange sunkist… mahu minum, buat laa sendiri… ahahahaa)
Banyak cara yang boleh anda gunakan untuk membina kejayaan dengan FLB Pro oleh saudara Nizam ( Siapa beliau… very low profile betul mamat sorang nih ). Salah satu caranya dengan medium menggunakan blog. Sorang mamat nih dah silap faham dengan aku sebabnya aku dah komen secara terkasar bahasa dalam blognya. Jangan silap faham daa… saje je nak buat gempak pasal FLB pro. Komen aku dah kena delete ke bro? Sorang lagi mamat geng wangcyber ada bukti review kesahihan FLB Pro yang terkenal dengan gaya brutalnya. Sila selidik carian “wangcyber+ flb pro”.
Tetapi takpe laa banyak lagi aku nak komen berkenaan FLB Pro nih. Komen utamanya jangan sekali-kali nak cepat kaya atau melakukan spamming ikut sedap hati sesuka rasa. Jika tidaknya sia-sia aje jadinya. Lagipun keyword untuk FLB Pro sakan jugak cariannya. Ada orang cari ke? Trafik jugak tu…
Kini anda boleh melihat sendiri bukti dari mereka yang telah berusaha untuk membina kejayaan dengan FLB Pro. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan manual panduan yang telah anda perolehi tersebut ke arah kejayaan perniagaan gaya pos dan juga gaya online anda. Bukan gaya wang pos atau gaya kutu pintar wang pos. Trafik jugak untuk kutu wang pos ini.
pssst… sebenarnya ayah saya dah beli FLB Pro nih. Beliau aje yang belum buat apa-apadengan menda manual yang ada tu. Jangan bagitau dia yer… Nanti aku contact bro nizam camner nak settel kan menda gaya pos online nih.
Memang bagus laa maklumat yang disediakan oleh saudara Nizam tu. Memang berbaloi dengan pelaburan RM 200 lebih yang tak seberapa berbanding dengan jumlah terkumpul komisen FLB pro yang bakal anda perolehi. Aku pun nak jugak laa teruskan modus operandi gaya pepaya tersebut.
Dulu menda gaya pos nih saya suka jugak memburu di akhbar tabloid. Kiranya macam Pemburu Peluang jugak la. Pendek kata boleh disenaraikan dalam senarai list pembeli yang gerenti membayar untuk produk yang boleh menghasilkan wang dengan segera dan cepat kaya pendapatan secara sambilan. Produk gaya pos paling mahal yang sudah terbeli adalah dari saudara hamidan salihen dan saya jugak telah melancarkan misi pengiklanan berganda sehingga hanya mendapat 4 ketul jualan aje… nasibnya punya badan. Excited punya pasal. Dan jawapannya ada dalam FLB Pro yang kini anda boleh dapati secara online dengan lebih terperinci lagi. Kalo tak percaya sila taip dengan segera Rahsia Kekayaan FLB Pro….
Boleh join dan cuba jika mahu. Boleh serius jika anda minat. Kalo tak dapat pulangan pula kena ikut kembali langkah demi langkah sehingga berjaya. Nak kena cari orang ke? Bukan cari orang tetapi kena cari costumer dan mengumpul senarai nama yang berpotensi. Kalo sekadar beli dan cuba separuh jalan apa maknanya kejayaan yang bakal anda perolehi selain dari belajar dari kegagalan… Nak tahu apa emel owner FLB Pro bagitahu?
Forum perbincangan berkenaan FLB Pro yang boleh anda buat rujukan kat ruang gelegar carigold. dan ruang legar forum wangcyber ( sila ke sana untuk mencarinya), dan satu lagi ruang legar kat forum nogold. kalo kat forum antarabangsa rasanya belum ada lagi… cuba tanya titan earncent kalo-kalo ada FLB Pro.
Selamat membina kekayaan dan kejayaan di tahun 2009.
sekian terima kasih. Salah silap harap maafkan…
P/S : hampeh laa google nih. kena denda PR 3 jadi PR 2 , turun satu anak tangga daaa… gua mahu PR 5 daaaaaa… PR 5 aaaaaaaaaaaaaaaa…. wasalam.
Popularity: unranked [?]






















December 31st, 2008
abdfatah 

Posted in
Tags: 
suadra abd fatah..terima kasih diatas kesudian anda memberi komen..ganas la bro…sori bro…harapan saya agar saudara fatah sukses dengan FLB pro dengan sistem pemasarannya yang mantap…
wah..nanti nak kena usha menda nie..huhu..
anyway, salam tahun baru..
apa usaha niaga online sekalipun yang penting adalah kena stabilkanlah mana yang patut dulu…
kalo dah stabil satu-satu sumber pendapatan dengan kukuh dan mantap maka baru boleh jalankan perniagaan online yang lain dengan penuh selesanya… tak gitu?
konsentrate, bro. itulah kunci kejayaan sebenarnya
oh ko dah beli ke fatah? aku dulu selalu kena “promosi” dengan FLB. Cuma bila aku tgk masa masa dulu aku tak percaya sangat sebab terlalu hype sangat. Tu sebab tak beli. lagipun harga tu boleh tahan gak
masih run flb pro nie ye.. smoga berjaya bro.
nak tanye..blh terangkan skit x pasal FLB ni…
kena jual2 buku ke baru dpt duit?
saya bminat nk join. tapi x pasti kerja apa yg kne wat nnti..
kerjanya buat promosi berkenaan flb pro tersebut dan dapat komisen. itu salah satu ari gerak kerja perniagaan gayapos tersebut… banyak menda lagi yang boleh anda pelajari dengan flb pro tersebut…
em promosi link ke?pastu sape yg join bwh link kite..kite akn dpt bonus..btul kn??tnye je dulu..takut kne tipu
kalo ade pape nak tanye sal FLB PRO tu ,nak tanya sapa???
sapa yang boleh jawb n ajar???
cuak pasal flb pro ni..
saya ni dah kena tipu ke? dah 4 hari bank in rm300 tp still x dpt maklumbalas.. patutnye akan dpt email pengesahan 24-48 jam je kan pas order produk? please help me…
Saya telah membeli flb pro baru-baru ini. Saya merasa sedikit kecewa. Ia hanyalah program affiliate biasa yang meminta kita mempromosi dan menjual semula apa yang kita telah beli. Tiada bimbingan penuh diberikan untuk memastikan ahli-ahlinya berjaya menjana pendapatan melalui internet.
Saya dh beli flb pro sebulan yg lepas,hasilnya pulangan duit sesen pun xde sampai sekarang
. Emel pgsahan dia mmg dtg dlm 24 jam pastu siap dgn pengesahan bla bla bla, pastu disuruhnya kita promote link kita pulak bg org len beli. Dah la nk kena promote selalu,susah pulak tu nk yakinkan org beli. Jemu dh aku promote,bil unique visitor aku dh berapa ratus ntah pn x membuahkan hasil.
Ni yg aku nk cakap sikit. Sorang kawan aku beli pakai link aku,tp selepas aku check kt pusat affliate tu hasil jualan masih RM0. Bagaimana ini terjadi sedangkan kwn aku mmg terbukti beli dari link aku,sepatutnya aku dpt komisen RM100 seperti yang dijanjikan. Aku rasa aku dh kena TIPU la
Sesiapa yang nak tahu pasal flbro ni sill add saya kat Facebook mungkin saya dap at me Bantu anda send message kat inbox saya.. Http://www.Facebook.com/owel88 ok…