“Saya ingin jadi kaya-raya di bumi malaysia”
Huhuuu cepat lari…..!
Nak lari dari siapa? Nak lari ke mana? Nak lari apa kebendanya?
Lari? Larikan diri anda dari kekayaan. Cepat!
Jika kekayaan itu boleh menjadi rakan kepada anda. Jika kekayaan itu akan membantu anda. Jika kekayaan itu adalah musuh anda. Anda perlu larikan ia dari istilah KAYA itu dari minda anda jauh-jauh.
Maka tidak perlu berusaha dan tidak perlu berbuat apa-apa. Jangan sekali-kali berangan nak jadi kaya.
Kenapa?
Tak boleh nak jadi kaya? Tak boleh nak fikirkan pasal kaya? Kaya itu adalah anugerah. Jika anda tidak boleh memperolehinya sekarang. Anda boleh berusaha untuk mendapatkan kekayaan itu. Ia akan membantu anda di kala anda memerlukan bantuan dari kekayaan yang anda miliki itu.
Jadi, kenapa mesti lari dari kekayaan? Semua orang suka nak jadi kaya. Berebut-rebut pulak tu. Bukan sekadar beratur je jika nak kaya. Jika anda tidak suka nak jadi kaya, apa yang anda mahu jadi? Anda perlu fikirkan kembali kenapa mesti anda bermusuh dengan kekayaan?
Jika anda boleh menguruskan kekayaan anda dengan sebaik mungkin, ia akan membantu anda menjadi lebih kaya dari kebiasaan. Jika dah kaya jangan lupa rumput di bumi sehingga terpaksa kena mesin semuanya…
sekian terima kasih…
Popularity: 2% [?]






















July 28th, 2007
abdfatah 


Posted in 
kekayaan itu jika tidak dijaga akan memakan diri..haha
nak lari dari kekayaan senang saja jgn kerja, perap kat rumah sj, jgn sosial dgn makhluk lain.
tp nak kaya tuh yang susahnya…
nak kaya tu bukan mudah..
dan kaya yang penting adalah kaya budi bahasa…
SSelain itu kekayaan dari kesihatan juga amat penting untuk mencari kekayaan…
dan kita tak perlu lari dari kaya kerana ianya sungguh enak dimakan dengan roti (lawak zaman 80-an)…
apahal pun jangan takut untuk jadi kaya namun bersedialah untuk menjadi miskin…
kaya dengan kesihatan. kalo sekali sekali kena sakit demam kira ok. kalo kaya dengan sakit demam sepanjang hidup itu yang sedih. betapa kita sepatutnya bersyukur dengan kaya kesihatan.
kaya duit bila-bila masa bleh cari.
roti kaya bleh dibeli dikedai runcit… hohoo
apahal pun mesti kaya ngan kawan kan..
so dengan tanpa kebenaran aku telah mengetag ko abdfatah di blog aku..
harap dapat beri kebenaran…