duit sekelip mata? buat duit dengan bisnes digital

Hari-hari dapat duit? Saya pun sedang berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang maksima dalam perjalanan online masa kini… dan ramai lagi yang berpeluang untuk memperolehi pendapatan yang diinginkan secara online…

Hari ini dapat komisyen affiliate setelah sekian lama menunggu walaupun tak banyak.

Anda pernah memperolehi duit sekelip mata?

Duit sekelip mata? Sudah tentunya ia cukup gempak dan menarik minat ramai orang. Namun seramai manakah yang sudah memiliki duit sekelip mata tersebut? Boleh percaya ke? Atau sekadar omongan kosong?

Berbaloikah dengan memberikan tajuk yang gempak dan menarik sedemikian rupa?

Mari kita saksikannya apakah begitu gempak sekali tajuk duit sekelip mata tersebut. dan ia terbukti memang dapat duit dengan sekelip mata?

Adakah anda akan sekali lagi terpedaya…? Saya jugak tidak mungkin akan mudah begitu terpedaya dengan gambaran kilat yang sedemikian rupa…

-

-

-

-

-

-

Buat duit dalam sekelip mata? Boleh percaya ke…?

==============================================

Berbaloikah Bisnes Digital anda?

Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet
oleh Zamri Nanyan

Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan
penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan
sekiranya anda mula menjual produk di internet,
terutamanya bila anda mula menjual produk anda
pada pasaran antarabangsa.

Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan
penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan
kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal
menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda
boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran
kad kredit ini?

Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari
kita renung satu kandungan emel yang saya terima.

Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan
yang baru bertapak di dalam perniagaan internet.
Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan
ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos
permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka
ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya
ada kos tambahan atau bulanan.

Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya
lawati laman web mereka. Produk tempatanlah
katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak?
Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi
sokongan.

Namun, selepas melawati laman web syarikat ini,
saya sedikit kecewa.

Kenapa?

Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch!
Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai
“error message” dan maklumat lanjut mengenai
syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada
laman web mereka.

Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat
ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing
di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad
kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang
cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan
penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting
kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila
melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman
web syarikat pun tidak memberikan impresi yang
baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan
terhadap servis yang ditawarkan.

Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan
untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran
kad kredit adalah seperti berikut:

* Berapakah kos atau yuran yang perlu
 dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?

* Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap
 transaksi kad kredit?

* Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran
 kad kredit ini mempunyai reputasi (track record)
 yang baik.

* Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang
 menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?

* Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?

* dan beberapa perkara lagi.

Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini,
saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis
yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.

Selama ini saya menggunakan beberapa servis
penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan
saya rasa mungkin belum masanya saya mencari
perkhidmatan yang baru.

Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti
penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda,
berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan
syorkan.

 * 2Checkout.com – yuran USD$49 sekali sahaja
dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual
barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem
affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada
setiap nilai jualan dikenakan.

 * ClickBank.com – yuran pengaktifan USD$49.95
sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia
mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan
servis mereka. Ebook “Missing Chapter” ada
membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem
affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga
menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD
daripada setiap nilai jualan dikenakan.

 * PayPal.com – percuma dan sekarang anda boleh
mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam
kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan
kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama,
terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak
mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda
boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk
tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% +
$0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .

Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan
bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan
perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan
pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan
Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan
Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau,
menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana
pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas
sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar
rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati
laman web beliau di  BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

====================================

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 5% [?]

Share
cara nak kaya , ,

12 comments


  1. Kadang2 ayat gempak mampu menarik hati pembaca..
    tapi kadang2 meluat pun ada…
    APa2 pun semoga fatah berjaya merealisasikan cita2nya

  2. apa kau crita ni AbdFatah?

  3. Nnati dah kaya jangan lupa “bekwoh”

  4. Nice post…Saya setuju dengan beberapa kriteria yang telah disebutkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran credit card. Thank you for sharing.

  5. Salam Fatah, apa kabar, thanks atas komen mike..

  6. Salam.. Good info dr fatah.. bertambah lagi ilmu net bizz.. boleh dijadikan panduan..anyway..tq :razz:

  7. Kekadang. Aku penin dengan ayat-ayat ko. Penuh tande tanye..hehe. :mrgreen:

    just nak habaq. Blog aku dah pulih. Bestnyeeeeee… :mrgreen:

  8. Takpe abdfatah, kadang aku pon pening gak tengok ayat ko. Takpe, style penulisan masih boleh diperbaiki.

    Aku pon kadang biol jugak bile sampai bab nak menulis ni, walaupun aku tak pernah gagal dapat A dari UPSR sampailah STPM :)

    Berkenaan artikel kat atas tu, aku dulu mudah terpedaya dengan ayat2 power tu. Nasiblah dulu aku taktau guna Internet Banking, kalau tak mesti aku dah rugi juta-juta ringgit… hehe

  9. ayat power yang membelit memang tak best daaa… kalo power menguntungkan ramai orang dan bermanfaat untuk masa depan kiranya memang okeh laaa untuk sapo2 yang suka mmbuat olahan ayat yang power dan memikat tersebut…

  10. RAsh

    ‘duit sekelip mata’ mcm sampah…..geram gila dengan budak yang jual dan reka ni….sbb tulah xnak bg lokasi..kalau bagi teruk kene belasah….jangan terpedaya dengan sales letter dia….dah beli geram mcm aku gak..ape yang dia ajar jual ebook kepada orang Amerika dengan harga $5 tapi cakap dalam sales letter ni bukan jualan.. tapi ebay ni untuk ape…lelongkan…jadi mesti terlibat dengan jual beli xde cara ialnya…jumpa lubang konong entah lobang ape entah…entah2 lubang xxxxxxxxx dia. Video dia pasal cara daftar paypal dan ebay. MP3 dia cite pasal ape yang dalam ebook dia….ebook dia pulak elok duk kat lubang jamban je….penuh dengan screenshhot laman web dan keseluruhan perkataan Ebook dia hanya 1/3 sales letter… penipu dia tu. Saya takkan halalkan wang yg saya dah bg dia tu….sales letter dia 100% penipuan.

  11. pejahat

    Kesian Rash. Aku pon nk terjebak jgk dgn ayat2 dia. tp betol ke dia menipu…? susah nak jawap.

    selain digital income, aku prefer realiti income..

    wlupun sikit, dpt jgk… tp dgn usaha lah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>