Kenapa perlu order air kosong?
Monday, January 4, 2010 12:02Air kosong atau lebih dekat lagi air mineral dengan satu nama lain air sky juice. Sering kali juga ia dipanggil sebagai air masak tatkala air sudah selesai dimasak. Cara memasak air memang cukup senang sekali. Selepas dimasak maka terhasil akan nama air panas menggelegak. Kemudian bertukar kepada air suam yang boleh diminum dengan khusyuknya tanpa segan silu.
Anda tentu tahu kenapa anda perlukan air kosong dalam kehidupan anda. Ini kerana setiap kali anda ke mana-mana gerai untuk makan sudah tentunya anda akan melihat dan meneliti di kalangan pelanggan restoran atau kedai makan yang dikunjungi ramai rata-rata akan membuat pesanan air minuman.
Makan apa? tanya pekerja restoranzz.
Minum apa? tanya lagi pekerja restoran sambil terkulat-kulat mencatit menu pesanan dari pelanggan.
Mahu makan roti canai kuah banjir. jawab sorang costumer.
Mahu pesan sup gear box. Menjawab lagi rakan beliau.
Mahu makan nasi goreng. rakan beliau sorang lagi mencelah.
Dan rakan sorang lagi mencelah dengan selambanya sambil berkata ko pesan sup gear box buat apa pesan air lagi? Sup gear box tu kan dah tersedia dengan air sekali. Itu lagi jimat belanja….
Oleh yang demikian kepada mereka yang berhasrat untuk meningkatkan sumber kewangan untuk tahun baru 2010 ini saya dengan ini mencadangkan kepada anda untuk mendapatkan panduan yang menarik bebas hutang dan tips penjimatan masa kini.
Semoga dengan panduan tersebut sedikit sebanyak akan dapat memberikan peluang kepada diri anda untuk menikmati kebebasan kewangan yang anda sedia buntu untuk menyelesaikannya tidak sudah-sudah sejak zaman berzaman lagi tanpa belas kasihan.
Sekian terima kasih.

















































































samdaddycool says:
January 4th, 2010 at 8:16 pm
Betul tu, kena berjimat berbelanja dan mengatur kembali pengurusan kewangan. harap-harap 2010 ni ekonomi akan melonjak naik. Amin.
jawatan kosong says:
January 5th, 2010 at 8:41 pm
Setuju..baiklah kita berjimat cermat, mudah2xan ekonomi tahun ini lebih bagus dan perusahaan lebih banyak membuka jawatan kosong 2010.
farahaznil says:
January 13th, 2010 at 2:52 pm
ahakz…minum sup gear sudah
HelmiFairuz says:
March 9th, 2010 at 1:28 pm
Berjimat pun bagus, namun jika difikirkan untuk jangka masa panjang ianya bukan jalan terbaik. Kerana, ekonomi kita semakin berkembang inflasi juga meningkat sepanjang tahun. Kalau dulu ais krim Cornetto rm1.50 seketul, sekarang sudah rm3.00 seketul. Adakah kita tidak akan membeli aiskrim tersebut walaupun semakin mahal? Kita mesti beli jugakan?
Jalan terbaik adalah mencari side income, bukannya duduk dan tunggu gaji pada hujung bulan..!
Andaikan gaji anda sekarang rm2000, kenaikan gaji pula rm100 setahun. Selepas 5 tahun gaji anda baru rm2500. Sedangkan harga makanan, minyak, perkhidmatan dan lain2 perkara mengalami inflasi. Adakah masih nak berjimat ketika itu?? Tak mungkin…
BAGAK says:
May 15th, 2010 at 2:42 pm
kalau bayar sendiri, mestilah air kosong
kalau orang belanja, air epal