EarthQuake Tsunami Samoa 8.0 Magnitude

Tsunami hit samoa after earthquake 8.0 on the richter scale.

8.0 magnitude earthqueke hit 190 km form aple samoa &american samoa devastated by 3 high waves 140 people are pressumed dead on samoa at least 1000 people have been displaced on samoa.

Kampung ‘ditelan’ tsunami akibat gempa di Samoa

APIA: Gempa bumi kuat 8.0 magnitud yang melanda Kepulauan Pasifik Selatan di Samoa awal pagi ini menyebabkan banyak kampung ‘ditelan’ tsunami serta mengorbankan 10 orang setakat ini.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan maut di Samoa Amerika dengan penduduk mendakwa ombak setingga lebih 9 meter (30 kaki) membadai perkampungan mereka.

Seorang wartawan tempatan memberitahu AFP, keseluruhan perkampungan di pantai Samoa dihanyutkan oleh tsunami yang disifatkan paling buruk.

Kawasan itu dilaporkan mempunyai ribuan penghuni.

Ibu negara Samoa, Apia kini tenggelam dengan pihak berkuasa berusaha untuk menyelamatkan ribuan mangsa ke tempat lebih tinggi.

Saksi memberitahu, ombak menghanyutkan kereta, bangunan dan rumah penduduk dengan keadaan seperti ‘padang jarak padang terkukur’.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat mencatatkan gempa berukuran 8.0 magnitud melanda jam 6.48 pagi waktu tempatan (1748 GMT) di kedalaman 18 kilometere (km) di 195km selatan ibu negara Apia. – AFP

Sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: unranked [?]

Share
breaking news , , ,

4 comments


  1. minta-mintalah kita terselamat…

  2. hi.!the video is vert touching for me and for everyone.in my opinion:-Do u think that earthquake in china had anything to do with that thing that they were putting underground? We talked about it today in science class but I dont remember what it is called.thanks for the post.

  3. Nampaknya dunia semakin uzur …

  4. itulah realiti dunia hari ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>