3

Bleh agak ke nak menipoo…???

Posted by abdfatah on May 27, 2009 in penipuan scammers |

Penipuan kemas kini akaun bank sememang tidak mengenal sesiapa untuk dihantar dan dikirim emel yang mereka mahukan. Ikut sedap hati mereka aje laa nak hantar kepada sesiapa sahaja yang mereka suka. Tidak kira laa anda ada akaun atau anda tidak punya akaun bank. Memang kelakar betul cara penipuan kemas kini akaun bank melalui email yang dihantar. Jangan mudah terpedaya dengan penipuan sedemikian rupa. Apa kehal pi hantar security alert kepada bukan pemegang akaun bank. hahahahaa…

Namun demikian penipuan kemas kini akaun bank sekarang dapat dielakkan lantaran telah dikemaskinikan dengan sebaik mungkin oleh pihak bank. Mereka takleh semudah-mudahnya nak pindahkan wang jika tiada ada nombor TAC yang dihantar menggunakan talian telefon bimbit sebagaimana yang telah anda daftarkan dengan bank pilihan yang anda miliki. Langkah yang seterusnya adalah pihak bank telah membuat kiriman sms menyatakan pemindahan wang telah dilakukan dengan jayanya sebagaimana yang dilakukan oleh maybank.

Dengan demikian anda akan mendapat alert berkenaan pemindahan wang yang telah anda lakukan serta-merta. Sekiranya berlaku pemindahan wang tanpa izin dari anda sudah tentunya sms alert akan terus sampai ke nombor hp anda untuk memaklumkan berlakunya satu tranksaksi yang boleh anda ketahui dengan segera. Maka penipuan kemas kini akaun bank anda dapat dielakkan dengan jayanya.

Maaf yer encik scammers … saya takder akaun bank alrajhi, jadi saya takleh nak buat apa-apa  kemas kini untuk terpedaya dengan helah hang punya penipuan kemas kini akaun bank.

(Visited 18 times, 1 visits today)

Tags: , , , ,

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copyright © 2007-2017 Abdfatah.com All rights reserved.
This site is using the Desk Mess Mirrored theme, v2.5, from BuyNowShop.com.