Iklan Merdeka Petronas 2008 Apa Yang Best?
Wednesday, August 20, 2008 7:52Iklan merdeka petronas 2008 kali ini membawakan mesej berkenaan cara nak kumpul duit banyak-banyak untuk masa depan pelajaran anak-anak semua. Mula-mula zaman kanak-kanak semuanya terpaksa mintak dari mak ayah. Nak jala ikan? Nak hadiah hari lahir? Nak kereta kebal mainan? Kereta kayu? Nak duit sambung belajar? Fuyooooooooooooooooo…… banyaknya duitnyaaaaaa……
Maka iklan merdeka petronas 2008 membawakan satu mesej bagaimana anda semua perlu membuat simpanan lebih awal bermula dari zaman kanak-kanak lagi dan kemudian sehingga la ke tahap nak sambung ke universiti petronas, atau sehingga tahap designer untuk membuat iklan petronas, atau menghasilkan montaj iklan merdeka dari mana-mana syarikat… sama ada telekom ataupun petronas. Itupun jika mahu sambung belajar ler…..
Maka simpanlah duit anda dan laburkanlah kembali untuk jaminan masa depan perniagaan anda dan juga untuk simpanan hari tua anda. Biarpun berniagaan secara kecil-kecilan dengan kebun cempedak yang seekar luasnya itu tetap mampu menghantar anak-anak ke menara gading dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat.
Apa kata anda berkenaan mesej iklan merdeka petronas 2008 kali ini?
Jangan sambut hari merdeka ke 51 sehingga tak hingat dunia. Ada ke gitu…? Sudah tentunya jangan sekali-kali membazir. Ingat ler jimat cermat amat penting untuk masa depan negara.
Download Iklan Merdeka Petronas 2008
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51. Merdeka !















































































Kujie says:
August 20th, 2008 at 9:52 am
Tema Hari Merdeka ke 51 ( 2008 ) - Perpaduan Teras Kejayaan.
topo says:
August 20th, 2008 at 10:33 am
iklan ni terlalu best!!!! rugi sape tak letak kat blog diorang.. hohoho
sakuragi says:
August 20th, 2008 at 10:35 am
lagu dalam iklan tu lagu sm salim kan
tajuk apa ya?
zool says:
August 21st, 2008 at 12:55 pm
Best betul iklan ni..
Afdlin berlakon tu..
BAGAK says:
August 24th, 2008 at 10:44 am
tak lama saya nak letak dalam blog
Iklan Merdeka Petronas 2008 | syedkhalil.com says:
August 24th, 2008 at 1:19 pm
[...] abdfatah.com [...]
rem says:
August 27th, 2008 at 11:52 am
bes giler eklan ni..afdlin shauki belakon,dan dia juga pengarah kan?? wah..mesej berjimat tuuu..hehe
jom kibarkan jalur gemilang di social networking site kita dengan grafik merdeka 51.
http://www.testifriendster.net
samdaddycool says:
August 27th, 2008 at 12:35 pm
memang mesej dia makan dalam.. aku best part masa anak dia kata sambung belajar, tetiba dia tunjuk buku akaun bank.. liban2..
danaku sukatgk anak dia zaman skolah kreatif giler!! banyak mesej yang makan dalam nyer…